![]() |
18 Sep – Pelakon yang terkenal melalui drama "Nur Kasih" Tiz Zaqyah, telah dipilih menjadi duta bagi produk mandian May di dalam merealisasikan kempen May Diamond Dazzle khusus buat wanita yang idamkan kulit badan menawan.
Majlis pengumuman perlantikan duta tersebut turut diiringi acara memperkenalkan iklan baru bagi produk mandian terbaru mereka.
Ditanya mengenai perasaan Tiz Zaqyah apabila dipilih menjadi duta mandian tersebut, dia memberitahu amat berbesar hati kerana memang niatnya untuk menerima pelawaan menjadi duta tahun ini.
"Sebelum ini ada juga yang tawarkan kepada saya untuk menjadi duta produk mereka namun disebabkan tiada masa saya terpaksa tolak.
"Bila tawaran May muncul, pada masa yang sama juga niat saya terbuka tanpa berfikir panjang, saya telah menerima tawaran mereka."
Ujar Tiz Zaqyah lagi, dia sememangnya pengguna produk May sejak dahulu lagi dan tidak mustahil apabila menerima tawaran ini saya berasa amat bersyukur dan gembira.
Dia telah terbabit dengan sesi penggambaran kempen terbaru May- Diamond Dazzle yang mengambil masa sehari suntuk dan bakal menyertai sesi jelajah di seluruh negara bagi memperkenalkan sabun mandian berkenaan kepada orang ramai.
"Jika dahulu kulit saya cepat kering selepas mandi namun sejak menggunakan produk ini kulit saya menjadi lebih lembab dan halus. Sesuai dengan cuaca panas yang ada di Malaysia, " Ujar Tiz yang tampil anggun dengan rekaan Wanpa.




Best Travel Stories