Tujuh kematian selebriti di hotel

  • Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    Simply K-Pop : ♬ BTOB - 2nd Confession

    A little over a year since their debut in 2012, BTOB released a digi-single earlier in April for their fans. "2nd Confession" is a sweet song about a man hoping to confess his love for the 2nd time to an ex-girlfriend. …

  • Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    Team Fukrey Launches The Song 'Jugaad'

    The cast of the upcoming movie 'Fukrey', Richa Chhadha, Vishaka Singh, Priya Anand, Ali Fazal, Manjot Singh, Varun Sharma and Pulkit Samrat were seen at the launch of the song 'Jugaad'. Producers Farhan Akhtar and Riteish Sidhwani were also present at the event. At the event they spoke about the song and what a gala time they had while shooting for the movie. …

  • Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Pills and Tattoos will Unlock Your Smartphone

    Motorola is developing a few alternatives to typing in an unsecured password. They involve popping pills and getting tattoos. The future is hardcore! …

Seorang artis di Hollywood mungkin memiliki banyak harta dan membeli begitu banyak tanah dan rumah agam. Namun ironiknya, mereka juga lebih banyak menghabiskan masa di hotel-hotel dek kerana tuntutan kerjaya mereka. Bagi artis-artis di bawah, kehidupan mereka yang banyak dihabiskan di bilik hotel juga berakhir di bilik hotel.

Whitney Houston & Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills

Pada bulan Februari 2012, penyanyi tersohor Whitney Houston ditemui mati di bilik hotelnya yang terletak di tingkat empat Hotel Beverly Hilton pada jam 3.55 petang. Houston disahkan mati lemas. Namun begitu, dipercayai dia juga didapati lemas akibat serangan jantung secara mendadak, yang diakibatkan oleh pengambilan kokain dan beberapa jenis dadah perubatan berbeza seperti Xanax, Flexeril dan Benadryl.

Janis Joplin & Hotel The Landmark, Los Angeles

Ketika dia meninggal dunia pada Oktober 1970, Janis Joplin sedang dalam proses rakaman albumnya. Dia ditemui maut di atas lantai Hotel The Landmark (kini dikenali sebagai Highland Gardens) di Los Angeles akibat pengambilan dos heroin yang berlebihan. Menurut laporan polis, Joplin telah bekerja sepanjang hari di studionya dan kemudian keluar bersama seorang rakan pemuzik. Dia dilihat kali terakhir bercakap dengan seorang kerani hotel sebelum kematiannya. Dikatakan Joplin maut apabila dia menyuntik heroin yang rupa-rupanya lapan kali ganda lebih kuat daripada yang biasa digunakannya. Oleh yang demikian, kematiannya dikira sebagai kematian tidak sengaja dan bukan percubaan membunuh diri. Dia baru berusia 27 tahun pada waktu kematian.

John Belushi & The Chateau Marmont, West Hollywood

Seorang lagi bintang yang maut akibat pengambilan dadah berlebihan, pelakon-pelawak, John Belushi (juga merupakan abang kepada pelakon Jim Belushi) ditemui mati tanggal 5 Mac 1982 ketika dia tinggal di salah sebuah banglo pusat penginapan terkenal Hollywood, Chateau Marmont yang terletak di Sunset Strip, Hollywood. John yang berusia 33 tahun ketika itu telah menyuntik 'speedball' (gabungan dadah metamfetamina dan heroin) sebelum tidur pada jam 8.30 pagi. Namun begitu, dia tidak bangun dan pelatihnya menemui Belushi yang sudah mati di atas katilnya tengah hari itu cuba untuk memberi bantuan tetapi sudah terlewat.

Anna Nicole Smith & Hotel Seminole Hard Rock And Casino, Miami

Pada usia 39 tahun, pelakon dan bintang Playboy Anna Nicole Smith ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katilnya ketika dia tinggal di sebuah bilik di Hotel Seminole Hard Rock And Casino di Miami pada tahun 2007. Sebelum kejadian tersebut, Smith mengalami demam teruk dengan simptom yang seakan demam selsema biasa. Namun dia enggan ke klinik, malah terus-menerus mengambil preskripsi yang dibeli di farmasi.

Ketika dia ditemui, punggungnya mengalami jangkitan akibat suntikan dadah dan bilik hotelnya dipenuhi tin-tin SlimFast, paket Tamiflu dan botol pil. Beberapa hari selepas itu, laporan toksikologi menemui sembilan jenis dadah farmaseutikal berbeza dalam aliran darahnya termasuk kloral hidrat yang telah menjadi antara sebab kematian Marilyn Monroe pada tahun 1962. Malah sehari sebelum kematiannya, suhu badan Smith telah menjangkau sehingga 41 darjah selsius.

Sid dan Nancy & Hotel Chelsea, New York

Pada awalnya, teman wanita tercintanya, Nancy Spungen ditemui mati ditikam di atas lantai bilik air mereka di Hotel Chelsea. Sid Vicious, pemain bes kumpulan punk rock The Sex Pistols pula disyaki membunuh Nancy dalam keadaan khayal. Dalam kekeliruan Sid yang tidak pasti sama ada dia pembunuhnya atau tidak (kerana dia masih khayal dengan suntikan heroin ketika hal itu berlaku), dunia hiburan dikejutkan sekali lagi apabila Sid membunuh dirinya dengan dos heroin berlebihan pada tahun 1979 pada usia 21 tahun. Ibu Sid menemui nota pengakuannya yang tertulis,

"Kami telah membuat perjanjian mati dan saya perlu mengotakannya. Tolong kebumikan saya di sebelah kekasih saya dalam jaket kulit, jeans dan but motosikal saya. Selamat tinggal."

Namun begitu, disebabkan Nancy merupakan seorang bangsa Yahudi dan Sid pula bukan, mereka tidak dapat bersemadi bersama.

David Carradine & Hotel Swissotel Nai Lert Park, Bangkok

Seorang pengemas bilik hotel Swissotel Nai Lert Park di Bangkok telah menemui tubuh bintang "Kill Bill" David Carradine pada tahun 2009 ketika sedang menjalankan tugasnya mengemas. Bintang tersebut mati pada usia 72 tahun, ditemui tergantung di dalam almari dengan tali pintal diikat pada tangan dan kemaluannya. Malah mulutnya juga telah disumbat. Laporan mengatakan Carradine sememangnya menyukai aksi seks luar biasa termasuklah pengasfiksian auto-erotika. Oleh sebab yang demikian, pihak berkuasa menolak kemungkinan dia dibunuh dan menganggap ia satu kematian tidak disengajakan.

Michael Hutchence & Hotel Ritz-Carlton, Sydney

Kini dipanggil sebagai Hotel Stamford Plaza, Hotel Ritz-Carlton merupakan antara hotel pilihan selebriti apabila mereka berkunjung ke Sydney, Australia. Namun begitu pada tahun 1997, penyanyi utama kumpulan INXS, Michael Hutchence telah ditemui mati di bilik bernombor 524 hotel tersebut. Dia ditemui dalam keadaan telanjang dan tergantung menggunakan tali pinggang kulit. Biliknya juga berselerak dengan dadah dan botol alkohol. Sekalipun polis melaporkan kematiannya sebagai bunuh diri, ramai yang berpendapat bahawa ia merupakan kematian secara tidak sengaja kerana Hutchence tidak meninggalkan nota bunuh diri, malah sepatutnya turun bersarapan bersama teman wanitanya. Seperti Carradine, Hutchence disyaki terbunuh ketika melakukan aksi seks berbahaya. Dia berusia 37 tahun pada waktu kematian.

  • Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat Tue, Jun 18, 2013 6:11 PM MYT
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat

    Beg digayakan mengikut keadaan, situasi dan bergantung kepada personaliti seseorang individu. …

  • Lawan penuaan dengan buah-buahan
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Lawan penuaan dengan buah-buahan Tue, Jun 18, 2013 5:33 PM MYT
    Lawan penuaan dengan buah-buahan

    Lawan penuaan dan kulit gelap akibat faktor semulajadi dengan buah-buahan. …

  • Serlahkan kecantikan bibir
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Serlahkan kecantikan bibir Tue, Jun 18, 2013 5:11 PM MYT
    Serlahkan kecantikan bibir

    Serlahkan kecantikan bibir anda untuk tampak lebih muda dan mungil. …

  • Beauty SOS: How To Care For Coloured Hair
    Beauty SOS: How To Care For Coloured Hair

    Whether you're after Chloe Norgaard stylee neon-tastic locks or the honey and caramel highlights of the LA set, knowing exactly which shade is right for your skin tone can be difficult. …

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. …

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.