19 Sep – Musim ke - 4 rancangan realiti "The Voice" yang disiarkan melalui saluran NBC Amerika Syarikat tidak akan memperlihatkan Christina Aguilera dan Cee Lo Green sebagai mentor lagi. Sebaliknya, tempat mereka bakal diambil alih oleh Usher dan Shakira.
Hal ini disebabkan oleh Christina yang ingin menggunakan masanya untuk berikan perhatian lebih kepada album terbarunya dan rancangan tour beliau. Sementara itu, Cee Lo pula sedang sibuk dengan pembikinan dua album baru dan pada masa yang sama terlibat dengan sitkom komedi di saluran NBC yang berdasarkan kehidupan peribadi beliau.
"Kami perlu mencari seorang lagi wanita yang berbakat besar dalam muzik dan pada masa itu juga, nama Shakira jelas tergambar di fikiran," jelas Mark Burnett, penerbit eksekutif rancangan.
"Usher bukan sahaja seorang penyanyi ataupun penghibur, malah beliau adalah ikon antarabangsa."
NBC merancang untuk mengembangkan program tersebut kepada dua edisi setahun, demi membolehkan para juri berehat dan memberi fokus terhadap kerjaya muzik mereka.
Walaubagaimanapun, Christina dan Cee Lo memberitahu pihak NBC bahawa mereka berdua akan kembali bagi musim ke - 5 "The Voice".
"Memang penting buat saya untuk berehat dari musim ke - 4, supaya saya boleh ada masa saya yang sendiri untuk membuat muzik. Dengan meneruskan minat saya yang menjadi keutamaan saya itu, saya boleh kembali ke "The Voice" bersama input terbaru pada masa akan datang," kata Christina.
Selebriti lain yang turut terlibat dalam musim ke - 4 rancangan tersebut adalah Adam Levine dan Blake Shelton sebagai panel juri.


