Wanita hamil dibelenggu Anemia

24 Sep - Wanita yang sedang mengandung emosinya kadang kala mudah terganggu, letih dan lemah. Simptom-simptom itu dikatakan perkara biasa yang dialami wanita ketika hamil. Mereka yang mengalami gejala-gejala seperti itu merasakan itu adalah kesan dari perubahan hormon akibat hamil.

Walaubagaimanapun , tanda-tanda itu sebenarnya menandakan wanita hamil itu kekurangan zat besi dan darah atau lebih dikenali sebagai anemia . Mereka yang mengalami anemia akan selalu merasa letih, sukar untuk bernafas, kedatangan haid yang tidak menentu , jantung berdegup laju dan juga akan mengalami pening.

Zat besi boleh didapati di dalam daging merah, bijirin dan sayur-sayuran hijau sementara vitamin-vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh terdapat di dalam kebanyakan jenis makanan. Jika penyakit itu tidak dicegah dan dirawat segera ia boleh mengakibatkan ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan bagi jangka masa panjang.

Wanita yang mengalami anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil malah selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Ianya boleh dikesan sekiranya tahap bacaan bilangan sel darah merah kurang daripada 12 sehingga 15 miligram (mg) . Wanita yang hamil amat memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi mereka.

Risiko penyakit anemia ini sangat bahaya kerana seseorang wanita yang hamil itu boleh mengalami keguguran , kelahiran pramatang dan juga boleh membawa kepada maut . Namun ramai wanita yang merancang untuk hamil tanpa simpanan zat besi yang secukupnya sekali gus menyebabkan mereka terdedah dengan risiko penyakit anemia.

Oleh itu, golongan wanita disarankan menjalani ujian darah sebelum merancang untuk hamil. Ia penting bagi mengetahui tahap hemoglobin mereka. Sehubungan itu, wanita hamil disyorkan supaya mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran,ayam,hati,daging,buahan-buahan dan sebagainya .

  • Sabhi Sadhi sudah berkeluarga
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Sabhi Sadhi sudah berkeluarga 16 hours ago
    Sabhi Sadhi sudah berkeluarga

    Mengakui sudah berkahwin dengan gadis dari negeri Pantai Timur dan telah mempunyaI seorang cahaya mata perempuan. …

  • Shah Rukh Khan bakal timang anak ketiga
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Shah Rukh Khan bakal timang anak ketiga 18 hours ago
    Shah Rukh Khan bakal timang anak ketiga

    Persetujuan mendapatkan anak telah dibuat bersama isterinya menggunakan kaedah ibu tumpang …

  • Psy bergandingan dengan gitaris Queen
    Hana Ahmad - Tupai
    Psy bergandingan dengan gitaris Queen 18 hours ago
    Psy bergandingan dengan gitaris Queen

    Penyanyi Korea Selatan terkenal ini akan bekerjasama dengan gitaris kumpulan lagenda Queen bagi menghasilkan sebuah lagu berkonsepkan 'remix'. …

  • Miley Cyrus: Marijuana isn’t dangerous
    Miley Cyrus: Marijuana isn’t dangerous

    Miley Cyrus won’t admit to whether or not she smokes marijuana regularly, but she does contend that cannabis is far less harmful than alcohol. …

  • Armie Hammer took wife to porn shop on first date
    Armie Hammer took wife to porn shop on first date

    Armie Hammer reveals he and wife Elizabeth Chambers visited a porn shop on their first date and that he sold nudie magazines illegally in middle school. …

  • Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat 11 hours ago
    Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat

    Beg digayakan mengikut keadaan, situasi dan bergantung kepada personaliti seseorang individu. …

  • Lawan penuaan dengan buah-buahan
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Lawan penuaan dengan buah-buahan 12 hours ago
    Lawan penuaan dengan buah-buahan

    Lawan penuaan dan kulit gelap akibat faktor semulajadi dengan buah-buahan. …

  • Serlahkan kecantikan bibir
    Nasibah Abdul Ghani - Tupai
    Serlahkan kecantikan bibir 12 hours ago
    Serlahkan kecantikan bibir

    Serlahkan kecantikan bibir anda untuk tampak lebih muda dan mungil. …

  • Angelina Jolie stunt double sues News Corp over hacking
    Jennifer Saba - Reuters
    Angelina Jolie stunt double sues News Corp over hacking 1 hour 11 minutes ago
    Angelina Jolie stunt double sues News Corp over hacking

    By Jennifer Saba (Reuters) - A stunt double for Oscar-winning actress Angelina Jolie has sued News Corp over allegations its British newspapers hacked her phone, the first lawsuit in the United States against the company since the scandal broke two years ago. The lawsuit, filed on June 13 by professional stunt double Eunice Huthart, said reporters from News Corp's tabloids The Sun and the defunct News of the World, hacked her mobile phone while she was working for Jolie on location in Los …

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi. …