Wings kini bernaung dibawah KRU

23 Jul – Syarikat rakaman KRU Music yakin dengan penerimaan pendengar terhadap muzik rock yang dibawa oleh kumpulan rock lagenda yang kini berusia 25 tahun iaitu Wings untuk merakamankan album terbaru dibawah naungannya.

Bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada hari Jumaat yang lalu telah berlangsungnya majlis perasmian memperkenalkan Wings sebagai artis baru dibawah naungan KRU Music. Ini adalah antara kepercayaan yang diberikan oleh kumpulan lagenda itu dalam proses mengeluarkan album terbaru berjudul "Menakluk Kosmos".

Ujar Norman Abd. Halim selaku Presiden Eksekutif KRU Studio, dia amat teruja dalam melaksanakan projek ini kerana Wings bukanlah sebuah kumpulan biasa namun populariti yang dikecapi hingga kini memungkinkan KRU sanggup berlabur besar untuk album yang bakal diterbitkan nanti.

"Bukan mudah untuk mengajak mereka bernaung dibawah syarikat kami, lagi-lagi mereka sudah banyak pengalaman dengan syarikat rakaman sebelum ini. Namun perjanjian dan juga kontrak telah dipersetujui semua setelah memakan masa hampir 2 bulan untuk mendapat kata putus dari kedua-dua belah pihak. Akhinya semuanya berjaya dan saya serahkan semua proses pembikinan album dan juga material kepada pihak mereka kerana percaya dengan kebolehan mereka sebagai artis lama di dalam industri hiburan ini."

Norman turut menambah, sekarang dia telah memberikan kepercayaan penuh kepada artis dibawah naungannya untuk berkarya tanpa batasan.

"Kesemuanya saya serahkan kepada mereka dari segi pembikinan album namun dari segi publisiti dan juga pembikinan video klip saya rasa kami sudah memiliki kepakaran yang cukup hebat."

Selepas lebih kurang 10 tahun tidak menghasilkan album , Awie selaku jurucakap kumpulan memberitahu bahawa projek ini boleh dikatakan sebagai sebuah projek saudara dimana dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari KRU disebabkan oleh mereka adalah orang tempatan.

"Saya berasa terpanggil untuk menerima tawaran mereka setelah melihat kontrak yang diberikan. Saya berpuas hati dan juga apa yang boleh saya cakapkan disini adalah, saya mahu kami sesama saudara saling bantu-membantu. Saya yakin dengan tenaga kerja pihak mereka terutamanya di bahagian promosi dan jualan mampu untuk menaikkan kembali nama Wings seperti dahulu."

"Menakluk Kosmos" adalah album studio Wings yang ke 10 dimana ia akan memuatkan beberapa lagu baru dan juga rentak yang dimainkan juga akan lebih mengikut peredaran semasa.

Antara artis lain yang bernaung dibawah syarikat rakaman KRU Music adalah kumpulan MOJO, Forteen, V.I.P, Baby Shima, Ad Azhar, Mira Asyraff dan Kamilia.

  • Selebriti memiliki lesen juru nikah
    Syahida Kamarudin - Tupai
    Selebriti memiliki lesen juru nikah 21 hours ago
    Selebriti memiliki lesen juru nikah

    Sesetengah selebriti juga mempunyai lesen untuk menjalankan upacara perkahwinan orang lain.

  • Paris Hilton rilis album kedua selepas enam tahun
    Ashraf Nasser - Tupai
    Paris Hilton rilis album kedua selepas enam tahun 21 hours ago
    Paris Hilton rilis album kedua selepas enam tahun

    Sosialit popular ini dilaporkan bakal merilis album kedua tidak lama lagi di bawah label Cash Money Records yang telah menandatangani banyak nama besar dalam industri muzik.

  • Rewan Ishak bercerita tentang "Postcard Express"
    Elaine Ewe - Tupai
    Rewan Ishak bercerita tentang "Postcard Express" Fri, May 24, 2013 10:43 AM MYT
    Rewan Ishak bercerita tentang "Postcard Express"

    Rewan Ishak bercerita mengenai filem terbaru "KIL" dan mahu mengadaptasi filem pendek "Passport Express" ke layar perak.

  • Bynes in race-fuelled row after harassment claims
    Bynes in race-fuelled row after harassment claims

    Amanda Bynes called a paparazzo an “ugly black man” as she was followed into her apartment on Saturday shortly after tweeting claims she was sexually harassed by a New York City police officer.

  • Jay-Z 'in talks with Delevingne'
    Cover Media
    Jay-Z 'in talks with Delevingne' 13 hours ago
    Jay-Z 'in talks with Delevingne'

    Cara Delevingne is reportedly in talks to sign with Jay-Z’s music label after pals Rita Ora and Rihanna helped to pass demos of her songs on to the music mogul.

  • HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut
    Armani Shahrin - Tupai
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut 21 hours ago
    HAIR CHALK memudahkan trend mewarna rambut

    Trend mewarna rambut dengan 'hair chalk' semakin popular dan senang dilakukan.

  • Rooney Mara muka baru Calvin Klein
    Dzamira Dzafri - Tupai
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein Fri, May 24, 2013 11:11 AM MYT
    Rooney Mara muka baru Calvin Klein

    Pelakon Rooney Mara sekali kerja lagi bersama David Fincher untuk iklan minyak wangi Calvin Klein terbaru.

  • Cherry blossom ice cream
    Dzamira Dzafri - ScoopyScoop
    Cherry blossom ice cream Thu, May 23, 2013 5:33 PM MYT
    Cherry blossom ice cream

    It is almost the end of Japan's enviable cherry blossom season, which means there will be no more cherry blossom-related products available at your nearby Japan-themed stores like 100 Yen. But if you hurry you might be able to taste some of the unique cherry blossom treats in Malaysia. One of the yummiest treats with the theme is the cherry-blossom ice cream in Kuala Lumpur's Corus Hotel. Komura's Cherry Blossom ice cream.

  • Storm brews over control of US newspaper group
    Rob Lever - AFP News
    Storm brews over control of US newspaper group 1 hour 56 minutes ago
    Storm brews over control of US newspaper group

    With a sale likely of a prominent group of US newspapers, the interest of a potential buyer tied to right-wing causes has galvanized opponents fearing the dailies could become political tools.

  • Stephanie Firdaus - Yahoo Newsroom
    14 imunisasi wajib untuk anak Wed, May 15, 2013 1:39 PM MYT

    Imunisasi adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan suntikan pelalian atau imunisasi.

Comments on Yahoo! pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo! is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo! does not in any way endorse or support comments made by its users.