Advertisement

Yuna bikin panas!


DALAM diam, penyanyi dan komposer Yuna bikin panas lagi.

Terbaru, pelantun lagu Lelaki ini telah diberi lagi pengiktirafan antarabangsa apabila Ryan Seacrest memujinya di laman web rasmi hos TV dan produser Hollywood terkenal itu.

Laman blog itu menulis tentang album Inggeris terbaru Yuna berjudul Nocturnal, album kedua penyanyi itu sejak menandatangani kontrak bersama syarikat Verve Records. (Album pertama penyanyi itu berjudul, Yuna diedarkan pada April tahun lalu.)

Menurut Seacrest di blognya, “Nocturnal is a strong sophomore effort, full of smooth indie pop production seamlessly paired with Yuna’s angelic voice.” (Nocturnal merupakan album kedua yang cukup unggul dan padat dengan produksi pop indie bersesuaian dengan kelembutan suara Yuna.”)

Antara selebriti dari benua Asia yang pernah mendapat pengiktirafan di laman rasmi Seacrest ini termasuk artis kelahiran Filipina, Charice.

BACA:
Yuna dikecam peminat setia di Facebook?

Yuna melakar sejarah buat persembahan di UNCHR
Yuna bawa kekasih jumpa keluarganya
Yuna akui sedang mengenali hati budi Julian
Jurugambar Yuna benci media Malaysia?

Memuatkan 11 buah lagu,  'Nocturnal' turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain menyaksikan kolaborasinya dengan ramai lagi penerbit terkenal dari Amerika Syarikat.
Nocturnal mengetengahkan konsep pop organic, R&B soul dan akustik. Yuna turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer terkenal Robin Hannibal.

'Nocturnal' bakal diedarkan di Ameika pada Oktober 29.

Bintang penghibur berusia 27 tahun itu mula menyinar di Amerika pada tahun 2012 dan muziknya telah berjaya mendapat pengiktirafan di negara Uncle Sam itu apabila majalah hiburan terkenal, Rolling Stone melabelnya “bintang yang bakal menyinar”.

Satu demi satu pengiktirafan mula mengejar Yuna. Akhbar The New York Times menyifatkan karyanya “sangat segar” dan menyuntik pembaharuan dan “edge” terhadap lanskap muzik di negara berkenaan.

Pada bulan September lalu, Yuna telah menjayakan persembahan bertenaga selama beberapa malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Persembahan bertenaganya itu menampilkan Yuna sebagai “a wholesome entertainer” dan boleh dijadikan sebagai testimoni perjalanan kariernya berjalan semakin lancar di peringkat tanahair dan antarabangsa.