Yuna melakar sejarah buat persembahan di UNCHR


Tiada siapa dapat menyangkal kehebatan penyanyi dan komposer, Yuna.  Namanya mula disanjung bukan saja di Malaysia malahan di persada seni antrabangsa.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai kini dapat berbangga kerana berjaya mendapat undangan untuk membuat persembahan di majlis Anugerah Pelarian Nansen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva, Switzerland pada hari Selasa (01.10.2013).

BACA:
Yuna bawa kekasih jumpa keluarganya

Yuna akui sedang mengenali hati budi Julian
Jurugambar Yuna benci media Malaysia?
Yuna: “Julian tidak langsung mengecam media Malaysia”
Yuna lancar album baru Oktober ini

Apa yang membanggakan ialah selebriti muda yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat merupakan artis Malaysia pertama dijemput untuk membuat persembahaan di persidangan berprestif itu.

Persembahan itu turut menampilkan Yuna beberapa orang artis antrabangsa termasuk pemuzik Mali dan calon Anugerah Grammy, Amadou dan Mariam dan penyanyi dan penulis lirik Britain, Dido.

Tahniah diucapkan pada Yuna!