Advertisement

Yuna tutup akaun Instagram kerana mahu privasi

Yuna tutup akaun Instagram kerana mahu privasi

8 Nov – Penyanyi popular bertaraf antarabangsa Yuna tidak mahu menggunakan lagi aplikasi sosial Instagram demi menjaga privasi dan keselamatan dirinya.

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai tindakan beliau membuat demikian selepas menempuh pengalaman ngeri apabila diintip peminat fanatik yang mengetahui segala tindak-tanduknya melalui laman sosial itu.

"Sebelum ini saya ada pengalaman dengan 'stalker', itu yang buat saya risau. Sejak tutup akaun Instagram, tak dinafi saya rindu dengan peminat-peminat. Tapi buat masa ni saya tak berhasrat nak aktifkan semula. Saya harap peminat-peminat saya faham," ujarnyan kepada portal hiburan tempatan.

Jelas pelantun "Terukir Di Bintang" itu beliau mula sedar dari kesilapan lalu yang memberikan dia pengajaran berguna untuk tidak terlalu mendedahkan kisah peribadi kepada umum yang mana boleh mendatangkan kontroversi .

"Belajar dari kesilapan lalu, membuatkan saya kini lebih selesa tidak terlalu membicara kisah peribadi kepada umum. Apapun, perkembangan hubungan saya dengan dia (Jules) biasa-biasa sahaja."

Dalam perkembangan lain, Yuna bakal muncul dengan album Inggeris pertamanya iaitu "Nocturnal" yang akan memuat 11 lagu ciptaannya antaranya "Falling" dan "Rescue" yang mana sudah dilancarkan di Amerika Syarikat pada 29 Oktober lalu.

Selain itu,penyanyi berusia 27 tahun ini juga akan menghasilkan dua buah lagu melayu untuk runut bunyi filem "Lagenda Budak Setan 3" selepas diminta pengarah filem itu sendiri.

"Atas permintaan pengarah filem yang mahukan saya menghasilkan lagu runut bunyi, saya bersetuju mencipta dan menyanyikan lagu itu."