28 Apr – Aktres Zahida Rafik dengan menegaskan bahawa dia belum lagi berkahwin. Zahida atau nama sebenarnya Zahida Mohamed Rafik memberitahu bahawa dia masih lagi solo dan tidak pernah lagi berkahwin dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang telah dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.
Dipetik daripada Kosmo, pelakon berusia 37 tahun tampil dengan membuat kenyataan dan menjelaskan dakwaan membabitkannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan reputasinya.
"Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Datuk Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.
"Lagipun khabar angin yang mengatakan saya sudah berkahwin dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini hanyalah gosip yang perlu dihadapi oleh setiap anak seni," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria.
Sementara itu, Zahida memberitahu bahawa dia berasa hairan apabila namanya tiba-tiba dikaitkan dengan kontroversi ini dan tidak menolak ia kemungkinan bermotifkan politik dan berasa teraniaya dengan permainan politik ini.


