24 Apr - Selepas satu musibah, pelakon Zahida Rafik di timpa pula satu lagi masalah. Setelah wangnya bernilai RM200,000 telah di bawa lari oleh bekas pemandunya, Noor Azman Azemi, pelakon ini telah dikaitkan dengan gosip yang mengatakan dia telah 'dibela' oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shaie Apdal.
Gosip itu yang mula diperkatakan sejak beberapa minggu lalu dikatakan telah berpunca daripada pemandu tersebut yang mengaku sebagai 'saksi' kepada perjumpaan 'rahsia' di antara pelakon itu dan menteri tersebut.
Walau bagaimanapun, menurut laporan dari Harian Metro, Datuk Shafie Apdal telah menyatakan bahawa laporan itu niat jahat dan dia bersedia untuk ambil tindakan undang-undang.
"Lelaki terbabit mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya serta mengaitkan saya dengan pembayaran wang dalam jumlah yang banyak kepada seorang artis, Zahida Mohamed Rafik."
"Saya menyatakan di sini semua yang tertera dalam laporan polis itu adalah tidak benar sama sekali dan kenyataan iringan oleh individu menyebarkan salinan polis itu berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," katanya lagi.
Zahida Rafik tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kepastian, bagaimanapun dia telah membuat kenyataan di laman Twitter rasminya dengan memberi tahu peminatnya bahawa dia telah pun menyerahkan kes ini untuk di uruskan peguam.
"Saya akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik", jelas Zahida di laman Twitternya.
Selain itu, Zahida juga menafikan sekeras-kerasnya dia 'dibela' mana-mana orang besar, dan menegaskan segala kemewahan yang beliau ada adalah dari hasil kerja kerasnya sendiri berlakon dan juga berniaga.


