![]() |
3 Jul – Pelakon yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik Filem Festival Malaysia (FFM) 2009, Zahiril Adzim masih kekal cergas walaupun terpaksa mengejar masa sehinggakan terpaksa berdepan waktu tidur yang tidak menentu.
Ditanyakan tentang rahsia kecergasan beliau, pelakon berumur 28 tahun ini menyatakan bahawa beliau tidak mengambil sebarang vitamin mahupun minuman tenaga. Sebaliknya, beliau mengamalkan petua ibunya yang sudah menjadi ikutan keluarganya, iaitu dengan mengamalkan cara hidup harian yang sihat.
"Saya tak makan vitamin atau minum minuman tenaga. Saya cuma pastikan saya ada tidur yang cukup, mentaliti yang sentiasa ceria dan juga minum segelas air selepas saya bangun." katanya.
"Sebenarnya saya tak berapa faham kenapa, tetapi saya membuat begitu sebab ini adalah tradisi keluarga. Ibu saya kata akan menampakkan wajah yang lebih cergas dan lebih muda kalau berbuat begitu."
Pelakon filem "Bunohan" yang sering menjadi bualan ramai ini juga sangat mementingkan masa rehat yang cukup demi mendapatkan tenaga yang perlu dalam bekerja di samping dapat memberikan mood yang baik.
Dalam perkembangan lain, Zahiril atau lebih mesra dikenali sebagai Bob kini sedang memberikan tumpuan penuh dalam menghayati wataknya sebagai Haider di dalam drama "Mana Hilangnya Juwita" yang bakal ditayangkan di Astro Ria Saluran 104 pada 9 Julai 2012.



Best Travel Stories