2012: Yang terhangat di sekitar Asia

Pergaduhan antara Anzalna dan Neelofa, cemuhan yang melanda Aishwarya Rai kerana berat badannya, perpisahan antara pelakon TVB Myolie Wu dan Bosco Wong selepas lapan tahun bersama, kemunculan semula Kang Ho-dong selepas bersara sementara sejak 2011.

Ini merupakan antara berita-berita terhangat 2012 di seluruh Asia. Namun begitu, ia masih biasa-biasa berbanding kisah-kisah berikut:

Di Bollywood, Shahrukh Khan bikin tiga skandal
Insiden berkaitan dengan Shahrukh Khan bermula pada bulan Januari apabila bintang filem terkenal itu dikatakan telah menampar pengarah filem Shirish Kunder di sebuah parti yang diadakan oleh Sunjay Dutt. Namun gosip terhenti akhirnya apabila SRK dikatakan telah berbaik dengan isteri Kunder yang juga rakan karib SRK sendiri, pengarah filem Farah Khan.

Tiba bulan Mei, SRK sekali lagi dilanda gosip apabila dia dituduh bersikap kurang ajar dengan para pegawai stadium Wankhede. Khan juga dilaporkan telah diharamkan daripada memasuki stadium tersebut akibat kejadian.

SRK juga dilanda kontroversi yang hebat apabila dikatakan mempunyai hubungan intim dengan aktres Priyanka Chopra selepas dipertemukan dalam filem "Don". Bukan sahaja dikatakan isterinya Gauri telah memboikot Priyanka, aktres tersebut juga menerima banyak cemuhan akibat khabar angin berkenaan.

BACA: Gambar bogel Rozita Che Wan tersebar?
BACA: Hubungan sulit antara Zahida Rafik dan ahli politik?
BACA: Diana Danielle beri penjelasan tentang kehamilannya

Kenny Wee & selebriti di Hong Kong
Pada awalnya, berita tentang penyalahgunaan dadah di restoran milik Kenny Wee hanyalah khabar angin. Namun begitu, selepas beberapa portal media membuat spekulasi tentang artis-artis yang terlibat, khabar angin tersebut berubah menjadi siasatan polis dan konflik besar antara Wee dan beberapa orang selebriti Hong Kong.

Selepas media menyebarkan berita bahawa Hilary Tsui, Josie Ho dan Sam Lee merupakan antara artis yang terlibat dalam skandal tersebut, Eric Tsang tampil mempertahankan Hilary, dan dikatakan telah menampar Wee ketika dalam keadaan mabuk. Kejadian itu menyebabkan ramai selebriti turut membuat telahan mereka sendiri, termasuk Oscar Leung, yang mengatakan Wee merupakan seorang lelaki yang gilakan kontroversi dan suka membuat tuduhan.

Akibat daripada kejadian tersebut, Wee telah melaporkan Eric Tsang ke pihak polis dan menyebabkan pelakon tersebut ditahan seharian untuk siasatan. Oscar Leung pula telah disaman kerana mengaibkan Wee.

Sementara itu, Josie Ho dan Hilary Tsui pula membuat ancaman untuk menyaman Kenny Wee sekiranya pemilik restoran itu cuba untuk membuat sebarang kenyataan akhbar tentang mereka lagi.

Kes rogol sosialit Taiwan Justin Lee
Sosialit Taiwan, Justin Lee mengejutkan orang ramai apabila ditahan selepas disyaki telah melakukan jenayah merogol beberapa orang wanita selepas memberikan mereka dadah. Melalui beberapa pita seks yang ditemui di rumahnya, didapati Lee telah mengadakan hubungan seks dengan sejumlah 50 orang wanita.

Sekalipun ada di antara wanita tersebut bersetuju dengan aktiviti tersebut (seperti teman wanitanya, pelakon Maggie Wu), ramai di antara wanita di dalam pita tersebut kelihatan seperti dipaksa dalam keadaan separa sedar dan khayal.

Ketika kes tersebut dalam siasatan, lebih 93 daripada video seks Lee dikeluarkan di internet dan gagal dikawal polis. Sepuluh daripada wanita di dalam pita tersebut telah tampil untuk membuat dakwaan terhadap Justin.

Psy terbang dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat
Ramai yang mencuba nasib di Amerika Syarikat. Wonder Girls, Girls' Generation, Rain, Se7en. Mereka semua telah menguji populariti mereka untuk pasaran Amerika, namun gagal mendapat sambutan yang sama meriahnya seperti yang dialami Psy, apabila bintang rap YG Entertainment itu mengeluarkan single terbarunya yang berjudul "Gangnam Style".

Dalam tempoh yang singkat, lagu dan tarian "Gangnam Style" mendapat sambutan ramai, menyebabkan videonya di YouTube memperoleh rekod dunia sebagai video yang paling banyak tontonannya, sementara Psy diterbangkan ke AS, menandatangani rekod bersama pengurus Justin Bieber, Scooter Braun, tampil dalam beberapa buah rancangan temuramah termasuk "Late Night With David Letterman" dan "The Ellen DeGeneres Show", dan membuat persembahan di beberapa anugerah muzik termasuk MTV dan American Music Awards.

Namun begitu, Psy dilanda kontroversi apabila video lamanya di mana dia membuat persembahan memprotes kehadiran tentera Amerika di Korea Selatan dan peperangan di Iraq dikeluarkan.

Bintang rap tersebut akhirnya membuat kenyataan meminta maaf dan meneruskan perancangannya untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Barack Obama selain daripada menjadi antara penghibur di dalam acara tahunan Sambutan Tahun Baru di New York Times Square.

Jepun mahukan Pulau Takeshima dan Senkaku, bukan K-pop
Para selebriti China telah membuat keputusan untuk memboikot semua produk dan menolak tawaran berlakon dan membuat persembahan di Jepun selepas konflik perebutan Pulau Diaoyu (juga dikenali sebagai Pulau Senkaku di Jepun).

Dalam masa yang sama, beberapa golongan anti K-Pop di Jepun pula membuat protes kemasukan artis Korea selepas konflik Jepun dan Korea Selatan yang berebutkan Pulau Dokdo (yang juga dikenali sebagai Pulau Takeshima di Jepun).

Pelakon Kim Tae-hee merupakan antara bintang Korea yang paling teruk menjadi mangsa boikot tersebut apabila menyuarakan sokongannya terhadap Korea Selatan dalam perebutan Dokdo.

Sementara itu, acara Pertandingan Lagu Kouhaku yang diadakan secara tahunan oleh saluran NHK tidak lagi menerima kemasukan para penyanyi Korea Selatan walaupun sebelum ini pernah membawa masuk bintang idola K-Pop seperti DBSK, KARA dan Girls Generation.

Menurut wakil NHK, keputusan tersebut dibuat berdasarkan pendapat orang awam. Sekalipun tidak mengakui keputusan itu ada kaitan dengan konflik Pulau Dokdo, NHK menjelaskan kehadiran bintang K-Pop dalam acara tersebut akan menyebabkan banyak rungutan daripada penonton.

Julia Perez timbul kontroversi di Indonesia & Malaysia
Pertelingkahan antara bintang kontroversi Julia Perez (Jupe) dan Dewi Perssik berakhir dengan keputusan Mahkamah Agung yang menolak rayuan Jupe. Keputusan menyaksikan Jupe bakal menghabiskan tiga bulan di penjara akibat menyerang penyanyi dangdut, Dewi Perssik.

Kes tersebut bermula selepas kedua-duanya bertelingkah dan saling bercakaran ketika membuat penggambaran filem seram "Arwah Goyang Kerawang". Dewi yang melaporkan kes tersebut ke pihak polis juga menerima dua bulan penjara dan empat bulan tempoh percubaan bermula Mac 2013.

Selain kes tersebut, Jupe juga bernasib malang apabila komen Twitter-nya tentang drama Malaysia yang dianggapnya jauh ke belakang berbanding sinetron Indonesia menimbulkan kemarahan ramai.

Kenyataan tersebut menyebabkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, mempersoalkan Jupe yang dikatakan melanggar peraturan kerana menggunakan dokumen lawatan sekalipun berada di Malaysia untuk berlakon di dalam filem terbaru Murali Abdullah, "Sentuhan Malam Pertama".

Skandal Zahida Rafik dan Ahli Politik Malaysia
Selama empat bulan, industri hiburan Malaysia dihangatkan dengan skandal Zahida Rafik dengan tokoh politik terkenal, Datuk Shafie Apdal.

Zahida, yang pada awalnya menuduh pemandu peribadinya, Noor Azman mencuri wangnya sebanyak RM200,000, akhirnya menjadi bualan ramai apabila Noor Azman bertindak membongkar hubungan sulit antara Zahida dan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tersebut.

Seperti biasa, Zahida menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan bahawa pemandu tersebut memfitnahnya untuk mendapatkan wang daripada pihak-pihak tertentu. Jelas bintang kacukan Pakistan tersebut, kekayaan yang dimilikinya adalah hasil kerja kerasnya selama ini.

  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 14 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • First lady gets resume from girl with jobless dad
    NANCY BENAC - Associated Press
    First lady gets resume from girl with jobless dad 31 minutes ago
    First lady gets resume from girl with jobless dad

    WASHINGTON (AP) — Michelle Obama's annual question-and-answer session with the children of Executive Office employees has taken a somber turn. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …