Advertisement

Aaron Aziz meninggal dunia dalam kemalangan di Switzerland?


SELEPAS selebriti Hollywood terkenal Nikki Minaj, Adam Sandler dan Avril Lavigne menjadi ‘mangsa’ agensi berita antarabangsa ‘Global Associated News’ kini pelakon popular kelahiran Singapura Aaron Aziz pula menjadi bahan berita sensasi portal berkenaan.

Global Associated News sebelum ini pernah melaporkan berita-berita palsu mengenai ‘kematian’ bintang-bintang Hollywood tersebut.

Baru-baru ini, portal berkenaan telah mendakwa Aaron telah meninggal dunia akibat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji di Zermatt, Switzerland. Kononnya, pelakon kacak itu sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah pusat peranginan ski mewah di sana.

Sejak berita palsu itu diterbitkan ianya mula tersebar dengan meluas dan sekaligus menjadi ‘viral’ di media sosial.

BACA:
Aaron Aziz: Saya kini bukan kejar populariti, tapi kepuasan

Fasha Sandha jarakkan diri dengan Aaron Aziz
Aaron Aziz sangkal dakwaan mengarah tanpa permit

Portal itu turut memetik sebagai berkata yang Aaron “hilang kawalan papan luncurnya dan melanggar sebatang pokok dengan kelajuan yang tinggi.”

Portal hiburan mStar Online turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh isteri Aaron, Diyana Halik berkeras menafikan khabar angin yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan maut.

Sebaliknya kata Diyana, Aaron sedang sibuk menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 di Cape Town, Afrika Selatan sejak Jumaat lalu.

Setelah mendapat berita 'palsu' itu, Aaron telah memuat naik satu klip video pendek di laman Instagram peribadinya (@aarondwiaziz buat semua peminatnya yang berada di Malaysia, Singapura dan Brunei. Rakaman itu berbunyi, "I'm still alive semua" dari Cape Town.

Diyana turut menulis satu pesanan pedas di laman Twitter peribadinya mengenai berita berkenaan. Katanya, “To the person who started it, jangan main-main dengan isu hidup dan mati ye. May Allah bless Aaron Aziz with a long healthy life. Insyallah…”

Lihat juga: