Advertisement

Adam AF: Rumah tangga saya okey saja!

Adam AF: Rumah tangga saya okey saja!

22 Apr – Penyanyi Adam AF menyangkal kontroversi yang timbul baru-baru ini kononnya rumah tangganya kini bergolak selepas isterinya Fiza Elite dikatakan telah memfailkan perceraian.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman berkata, perselisihan faham dalam kehidupan suami isteri adalah perkara biasa.

"Rumah tangga saya masih okey dan kalau ada perselisihan yang timbul pun, itu perkara biasa dalam berumah tangga.

"Apa yang boleh saya jelaskan, selepas berkahwin, bapa mentua saya jatuh sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Selama sebulan bapa mentua saya terlantar di hospital, Fiza yang menjaganya setiap hari. Sebab itu orang jarang nampak Fiza bersama saya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Adam, 31, lagi, dia tidak suka menjaja cerita tentang rumah tangganya kerana dalam Islam pun melarang umatnya daripada berbuat demikian.

"Kepada du uar sana usahlah mendengar spekulasi dan doakanlah kebahagiaan kami berdua."

Adam dan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, selamat diijabkabulkan pada 26 September tahun lalu selepas berkenalan selama dua bulan.