AIFFA 2013 buka peluang kepada penggiat filem baru

30 Dis – Sebagai memberi ruang kerjasama dan kolaborasi kepada penggiat filem dari benua Asia Tenggara serta dunia Hollywood dan Bollywood di samping mempromosikan industri pelancongan, Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA 2013) bakal diadakan di Kuching, Sarawak pada 28-30 Mac 2013.

Menurut pengarah AIFFA 2013, Livan Tajang, idea untuk mengadakan festival tersebut sudah mula wujud semenjak akhir tahun 2011 dan akhirnya menjadi nyata setelah mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Sarawak serta sokongan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia) dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

"Pada malam pertama festival, iaitu pada 28 Mac, pelbagai tayangan filem akan dibuat di Kampung Budaya Sarawak, yang merupakan tempat sama untuk konsert Rainforest World Music Festival. Di sana, penggiat dan penggemar filem berpeluang untuk menonton filem sepanjang malam di rumah panjang di samping berpeluang untuk wujudkan rangkaian antara satu sama lain," ujar beliau semasa berucap di majlis pelancaran AIFFA 2013 yang bertempat di Hotel Royal Chulan pada Jumaat lalu.

Tambah beliau lagi, upacara malam gala karpet merah akan diadakan pada hari terakhir festival, iaitu pada 30 Mac di mana anugerah diberi kepada mereka yang berjaya terpilih dalam kategori-kategori yang dipertandingkan seperti filem, pengarah dan pelakon terbaik. Apa yang menarik mengenai malam tersebut adalah terdapatnya anugerah bagi kategori "Spirit of ASEAN Award", iaitu sebuah anugerah bagi filem yang berjaya mencerminkan konsep sebenar Asia Tenggara.

Turut hadir pada majlis pelancaran adalah Steven Bernard, seorang perunding berpengalaman dari Hollywood yang akan bekerjasama dengan AIFFA 2013 demi membantu memastikan festival ini setanding dengan festival filem antarabangsa yang lain.

"Kepada penggiat fiIem dari Asia Tenggara, saya berharap anda semua boleh menghadiri AIFFA 2013 tidak kira sama ada anda akan bertanding ataupun tidak. Kerana inilah peluang anda untuk bertemu dengan pembikin serta penerbit filem demi menambahkan rangkaian anda. Jika anda ingin berjaya dalam dunia filem, anda perlu wujudkan rangkaian ini dan Aiffa 2013 pasti memberikan anda pelbagai peluang yang baik sekali," kata Bernard.

Bakal berlangsung dalam masa tiga bulan sahaja lagi, filem yang dihasilkan dan siap antara 1 Januari 2012 sehingga 1 Februari 2013 dari semua negara Asia Tenggara layak untuk bertanding.

Di samping itu, AIFFA 2013 turut melancarkan sebuah pertandingan filem pendek yang sudah pun bermula sejak bulan Julai 2012 yang terbahagi kepada dua kategori. Kategori tersebut adalah khusus kepada pelajar dan juga terbuka kepada orang awam.

Bagi penggiat filem yang berminat, sebarang maklumat lanjut mengenai festival ini boleh didapati menerusi laman www.aseanfilmfest.com

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 21 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club
    Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club

    By Elizabeth Daley PITTSBURGH (Reuters) - Previously unknown digital work made by pop artist Andy Warhol was resurrected from aging floppy disks by forensic computer experts from Carnegie Mellon University, the school announced on Thursday. They depict common Warhol subjects including Campbell's Soup cans, self portraits, bananas and Marilyn Monroe as well as doodles and camera shots of a desktop. Carnegie Mellon art professor Golan Levin said the work was recovered thanks in part to someone …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.