Aksesori wajib Hari Lebaran

Aksesori wajib Hari Lebaran

14 Jul – Sekarang ini sudah masuk pertengahan bulan Ramadan dan pasti ramai orang sekarang ini sedang sibuk dengan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjengah tidak lama lagi.

Dalam sibuk membuat persiapan menyambut 1 Syawal ini pakaian untuk pagi raya adalah paling penting kerana pastinya anda mahu tampak segak dan jelita.

Oleh itu, kali ini kami ingin senaraikan aksesosi wajib untuk Hari Raya kali ini yang dipetik dari Harian Metro.

Butang baju Melayu
Untuk lelaki yang ingin tampil segak dan kemas, butang baju Melayu atau cekak musang diperlukan ketika ke masjid atau menziarahi saudara-mara serta teman yang sudah lama tidak ditemui.

Jam
Jam tangan juga tidak dilupa untuk digayakan. Tidak kira lelaki atau wanita. Jika lelaki menjadikan aksesori sebagai tambahan pelangkap gaya, wanita pula melihat ia sebagai barangan yang mesti ada untuk memastikan penampilan lebih anggun.

Beg tangan
Beg tangan merupakan barang wajib bagi wanita. Ini kerana ia memudahkan mereka untuk menyimpan barangan berharga, sekali gus menjadikannya antara aksesori mesti ada dalam senarai perbelanjaan pada musim perayaan ini. Bagi mereka yang ingin tampil senada, pemilihan beg tangan dan dompet dapat memberi keyakinan untuk tampil bergaya.

Perhiasan
Selain beg tangan dan dompet, barang kemas juga menjadi perhatian buat wanita termasuk rantai, gelang, cincin dan anting-anting. Paling tidak pun akan mengenakan satu daripada koleksi yang ada agar tampak manis ketika bergaya.

Kerongsang
Akhir sekali kerongsang. Ini kerana keronsang menjadikan pemakaian selendang atau tudung bertambah mudah termasuk pilihan kerongsang berjuntai atau pelbagai corak dan reka bentuk menarik.