Aksesori wajib Jessica Alba

21 Ogos - Aktres jelita Hollywood, Jessica Alba merupakan selebriti yang sangat teliti dalam penjagaan kecantikan wajahnya. Justeru itu, Alba yang popular dengan lakonannya dalam filem "Sin City" ini akan membawa keperluan peribadi yang lengkap ketika beliau pergi melancong.

Berikut merupakan beberapa aksesori wajib yang mesti dibawa olehnya ketika melancong:

Set pakaian selesa

Menurutnya, ketika melancong beliau akan memilih pakaian yang kelihatan versatile dan selesa, seperti blazer, t-shirt , jeans skinny dan kasut flat. Alba turut akan membawa stokin dan selipar, kerana menurutnya stokin amat sesuai untuk dipakai ketika cuaca sejuk.

Set beg mekap

Alba ingin penampilannya sentiasa kelihatan segar dan kemas. Oleh itu, dia akan pastikan tidak terlupa untuk membawa set beg mekap yang mengandungi mini solekan seperti bedak asas, maskara, pemerah pipi, serta pelembap bibir.

Sanitizer tangan

Alba sering membawa sanitizer tangan ke mana-mana sahaja bagi mencegah dirinya daripada dijangkiti kuman ataupun virus. Menurutnya, kuman dan virus boleh berada di mana-mana sahaja dan oleh itu sebagai pencegahan awal, beliau akan menggunakan sanitizer tangan bagi menghindar daripada sebarang penyakit.

Discovery kit

Discovery kit merupakan set lengkap barangan asas seperti sabun, pencuci muka dan pencuci mulut seperti Listerine. Saiznya yang kecil dan amat sesuai untuk mereka yang suka melancong, membuatkan item ini amat penting baginya

Krim perlindungan matahari

Aktres ini gemar menghabiskan waktu di luar terutama sekali ketika bercuti. Menurutnya dengan penyapuan krim perlindungan matahari, ia mampu melindungi kulitnya daripada menjadi gelap dan kusam.

  • Kris Dayanti pilih Malaysia
    Azizah Saleh - Tupai
    Kris Dayanti pilih Malaysia 4 hours ago
    Kris Dayanti pilih Malaysia

    Diva popular Indonesia membuat kemunculan kembali dan memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melancarkan album terbarunya khas buat tatapan peminatnya di negara ini. …

  • Mila Kunis & Ashton Kutcher bakal timang anak perempuan
    Mila Kunis & Ashton Kutcher bakal timang anak perempuan

    Walaupun masih belum mengesahkan berita kehamilan mereka, pasangan pelakon Hollywood ini dikatakan bakal menimang cahaya mata perempuan. …

  • Zizan rancang kahwini kekasih Januari 2015
    Hana Ahmad - Tupai
    Zizan rancang kahwini kekasih Januari 2015 8 hours ago
    Zizan rancang kahwini kekasih Januari 2015

    Pelawak dan pengacara popular ini merancang untuk mengahwini aktres Emma Maembong pada awal tahun 2015 dan ingin urus karier sendiri. …

  • Gervais: Female characters can be neglected
    Gervais: Female characters can be neglected

    Ricky Gervais is always "careful" when writing female characters. …

  • Vegan make-up
    Cover Media
    Vegan make-up 9 hours ago
    Vegan make-up

    Make yourself look beautiful without feeling guilty about what products you're using. …