Aktor popular diberkas polis

Aktor popular diberkas polis

21 Apr – Seorang pelakon lelaki popular telah ditahan oleh pihak polis dalam Ops Cantas di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee awal pagi kelmarin selepas dua ujian air kencing dibuat, pelakon itu disahkan mengambil ganja.

Aktor yang pernah membintangi beberapa filem pecah panggung antaranya filem arahan Syamsul Yusof "Khurafat" itu adalah antara 41 individu yang ditahan termasuk sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti sosial.

Penahanan aktor berusia 35 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang turut memberitahu operasi yang dijalankan adalah bertujuan untuk membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Zainuddin, dalam operasi tersebut sebanyak 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan berkenaan bagi mengesan sebarang pelaku jenayah.

"Semua yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan daripada jumlah itu, 41 diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya yang dipetik dari sebuah portal tempatan.