Alan Yun ceburi bidang perniagaan restoran


11 Jun – Sejak muncul dalam iklan televisyen syampu Rejoice ketika berusia 15 tahun, Alan Yun semakin menjadi tumpuan industri hiburan tanah air. Terkenal dengan perwatakan yang ramah dan juga memiliki rupa paras yang kacak, dia telah diberikan tanggungjawab dalam menjayakan beberapa iklan televisyen untuk jenama terkenal dunia seperti McDonald's, Nescafe, Red Neck Beer, Yeo's dan yang terkini dia menjadi duta bagi produk minuman Boss Coffee's.

Selain daripada bidang peragaan dan iklan di kaca televisyen tempatan, Yun telah membuktikan bahawa dia mempunyai bakat lakonan dan ia terbukti apabila dia membuat penampilan pertamanya di layar perak dalam filem "Sepet" arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, di mana filem tersebut telah berjaya memenangi anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 18 pada tahun 2005, diikuti sekuel filem tersebut, "Gubra" dan filem seram "Possessed" arahan Bjarne Wong.

Walaupun memiliki populariti di dalam industri hiburan tanah air, Yun kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan pula.

Mari kita dekati dengan lebih dekat lagi dengan pelakon kacak ini dalam mengetahui kehidupan dan perkembangan terbaru Yun dalam bidang perniagaannya!

Kami difahamkan bahawa anda kini menceburkan diri dalam perniagaan makanana dimana telah membuka sebuah restoran yang terletak di Petaling Jaya. Jadi boleh ceritakan sedikit tentang restoran anda itu?
Ya, betul, restoran tersebut diberi nama Pin Xiang seafood,Chicken Rice & Noodles House. Restoran tersebut terletak di Aman Suria Petaling Jaya. Saya mempunyai 3 rakan kongsi yang lain dimana mereka semua adalah kawan saya sendiri. Restoran ini telah pun beroperasi sejak 14 bulan yang lalu dimana ia telah dibuka kepada umum pada tahun 2011.

Boleh ceritakan sedikit menu makanan yang ada di restoran anda?
Secara umumnya, kami menyediakan makanan Cina. Makanan yang dihidangkan juga tidak halal. Buat masa ini, kami menerima komen positif dari pelanggan mengenai rasa dan keunikan makanan yang kami sediakan, malahan mereka turut memuji harga makanan yang kami tawarkan jauh lebih murah dari kedai yang menjual makanan laut lain.

Bagaimana anda membahagikan masa anda dalam menguruskan karier anda sebagai selebriti dan sebagai seorang ahli perniagaan?
Pengurusan masa yang baik adalah kunci kepada semua masalah dalam mencari keseimbangan di antara kehidupan dan pekerjaan. Kadang kala bekerja di dalam industri ini memerlukan tenaga yang banyak, tapi anda harus tahu mencari masa untuk keluar dari belenggu pekerjaan dan pergi bercuti untuk merehatkan diri. Cuba sesuatu yang baru adalah perkara yang paling saya terapkan di dalam kehidupan sendiri.

Boleh kongsi dengan pembaca mengenai filem terbaru anda?
Saya mempunyai sebuah filem yang telahpun menjalani penggambaran iaitu "Tanda Putera Negara", dimana saya memegang watak kecil di dalam filem ini sebagai komuniti Cina di Malaysia. Jalan cerita untuk filem ini adalah berdasarkan kejadian 13 Mei. Filem ini menujukkan bagaimana pemerintah kita yang terdahulu dalam menyatukan komuniti Cina dan Melayu ketika itu. Kami cuba menyampaikan mesej aman dan juga perpaduan kepada penonton filem tempatan.

Apa perkembangan terbaru Alan Yun?
Tak banyak. Buat masa ini saya hanya melakukan penggambaran iklan komersial untuk Pensonic. Ia juga merupakan kempen promosi jenama tersebut. Video yang telah dimuat turun di laman sesawang Youtube itu menerima jumlah tontonan sebanyak 70,000 dalam jangka masa yang singkat. Anda patut tonton sendiri!

Anda memulakan karier sebagai artis di usia yang muda dan masih kekal popular hingga kini. Mungkin ada nasihat boleh diberikan untuk mereka yang masih baru dalam industri ini?
Pertama sekali, apa yang boleh saya katakan adalah kekal fokus dengan apa yang anda lakukan. Saya percaya dengan adanya minat, akan datang kesabaran. Anda harus mempunyai semangat yang tinggi untuk bersaing dalam industri ini. Peluang di sini agak kecil dan mempunyai batasannya. Tidak semua orang boleh popular dengan senang. Selain daripada itu juga, anda harus mempunyai sumber kewangan yang lain selain berlakon kerana menjadi pelakon tidak menjamin hari tua kita. Saya selalu ingatkan perkara ini.

Filem apa yang anda gemari ?
Sudah tentu filem "The Avenger", saya menonton filem ini 2 kali.

Terima kasih Alan Yun kerana sudi meluangkan masa bersama kami!
Sama-sama dan jumpa lagi nanti.

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek 3 hours ago
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • US college entrance test, the SAT, gets a revamp
    Robert MacPherson - AFP News
    US college entrance test, the SAT, gets a revamp 5 hours ago
    US college entrance test, the SAT, gets a revamp

    Getting into college in the United States will no longer hinge so much on a high school student's grasp of arcane vocabulary or obtuse mathematical formulas. Changes to the Scholastic Aptitude Test (SAT) unveiled Wednesday are intended to breathe new vigor into the 88-year-old college entrance exam at a time when some critics are challenging its value. "The changes to the SAT will distinguish it from any current admission exam," said the College Board, the New York-based non-profit that …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …