Advertisement

Anzalna: “Kenyataan itu sepatutnya ‘off-record’!”


ARTIS bergaduh dengan artis, itu hal biasa. Artis perli artis di lama sosial seperti Twitter atau Facebook juga biasa. Artis berbalas kenyataan satu sama lain, itu juga biasa. Tapi sesuatu isu yang timbul antara artis akan jadi luar biasa, bila salah seorang mula mengambil tindakan undang-undang apabila berasa kenyataan yang dikeluarkan keterlaluan.

Neelofa busuk hati. Begitu kenyataan yang dikeluarkan pelakon sama baru seperti Neelofa, Anzalna Nasir hujung minggu lalu. Natijahnya, Anzalna kini berhadapan saman yang dikeluarkan oleh pelakon kelahiran Kelantan tersebut melalui dua orang peguamnya iaitu Ahmad Hidayat Md. Noor dan Mohd. Irwan Mohd. Mubarak.

Menurut Neelofa atau selesa dipanggil Lofa, semua kenyataan yang diberi Anzalna adalah fitnah 100 peratus. Anzalna sebelum ini mendakwa Neelofa memang busuk hati kepadanya sejak mereka sama-sama bersaing dalam pertandingan Dewi Remaja 2010. Neelofa yang menang sebagai juara program tersebut turut didakwa mengugutnya dan dia tak menang dalam anugerah tersebut.

Anzalna mendakwa bahawa beliau diugut Neelofa
Neelofa memberi tempoh tujuh hari


Tak cukup dengan itu, Neelofa dikatakan telah menghina Anzalna dan keluarga melalui laman sosial Facebook. "Semua itu tidak benar sama sekali. Saya terkejut dan kecewa apabila membaca laporan tersebut. Ia menjejaskan nama baik saya. Sebab itu saya terpaksa bertindak melalui jalan profesional," ulas Neelofa yang mengadakan sidang media khas bagi membalas kenyataan Anzalna selain membuka pintu rundingan melalui pihak guaman.

Oleh kerana berasa kredibilitinya tercalar, Neelofa memohon Anzalna untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari selain memberi tunjuk sebab mengapa dia mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tersebut.

Ditanya tentang kesahihan tentang persengketaan mereka yang telah marak sejak zaman pertandingan Dewi Remaja dua tahun lalu itu, Neelofa bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan. Dia sebaliknya hanya menjawab: "Saya mahu fokus terhadap perkara di hadapan. Saya mahu dia memberi respons dari segi bukti yang mengatakan saya busuk hati atau pernah mengugutnya dalam tempoh tujuh hari atau saman akan dikeluarkan ke atasnya."

Ujar Neelofa lagi, dia terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap Anzalna kerana apa yang dibuat sudah keterlaluan berbanding kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini.

Sementara Neelofa menuntut Anzalna bertanggungjawab terhadap apa yang telah dibuat, pelakon itu segera memberi respons. Dia memberitahu tidak sangka cerita yang sepatutnya berdasarkan “off-record” tersebut telah ditulis oleh penulis ruangan gosip tersebut. Katanya, dia berpesa kepada penulis tersebut untuk tidak menulis hal tersebut, bagaimanapun sebaliknya telah berlaku.

Dalam kenyataannya juga, Anzalna berkata: "Saya tak sangka jadi begini. Tak perlu sampai saman menyaman. Ia boleh diselesaikan secara baik."

Dia kini juga dalam proses mengambil peguam untuk menangani kes tersebut