Advertisement

Anzalna tangguh kahwin kerana bapa

Anzalna tangguh kahwin kerana bapa

15 Apr – Aktres jelita Anzalna Nasir mengakui terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinannya dengan kekasih pilihan hati, Hanif Zaki ke tarikh lain pada tahun hadapan kerana bapanya kini sedang bertugas di luar negara.

"Kalau mengikut perancangan awal, memang saya memilih tahun ini untuk berkahwin. Tapi tak sangka pula apa yang dirancang tak kesampaian. Nampaknya kena tangguh ke tarikh lain.

"Saya sedar keluarga teman lelaki sangat mengharapkan kami akan berkahwin tahun ini. Tapi ayah pula hanya akan pulang pada penghujung tahun. Mahu tak mahu saya terpaksa menunda majlis itu tahun depan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.

Tambah aktres drama bersiri "Aku Isterinya" ini yang reda dengan ketentuan Ilahi, dia masih lagi belum membuat sebarang persiapan untuk hari bahagianya itu.

Anzalna, 26, dilihat lebih bersikap terbuka dalam berbicara hal perkahwinan, tidak seperti rakan seperjuangannya yang lain dalam dunia seni.

Ini kerana baginya, berkahwin bukanlah satu penamat kepada segala-galanya terutama sekali dalam karier.

"Peminat sekarang bukan lagi macam orang dulu-dulu. Saya faham kalau dulu apabila artis berkahwin sahaja, 'saham' mereka jatuh merudum.

"Tapi senario sekarang berbeza dan peminat sudah tak kisah lagi sama ada artis yang mereka suka sudah berkahwin atau tidak. Sokongan tetap diberi kepada mereka yang benar-benar layak.

"Saya sendiri tak pernah meletakkan isu popular di hadapan berbanding dengan hasil kerja saya," akhirinya.