Atasi masalah bintik-bintik hitam

Atasi masalah bintik-bintik hitam

12 Jul – Ramai anda di luar sana terutamanya golongan wanita yang mempunyai masalah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah bukan?

Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan beberapa petua untuk menghilangkan bintik-bintik hitam yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk kayu manis ini sedikit air. Bancuhkan ia bersama dengan bedak sejuk sehingga sebati. Kemudian sapu rata dibahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin.

Manakala petua yang kedua adalah dengan menggunakan ubat gigi. Anda boleh sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari pada permukaan kulit yang terdedah kepada bintik-bintik hitam. Letakkan nipis-nipis sahaja.

Petua yang ketiga, ambil sedikit beras, kunyit hidupdan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka.

Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub.

Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan dapati hasil yang memuaskan selesai rawatan dilakukan.

Selamat mencuba!