Audy Item hentam media Indonesia

20 Jul – Gara-gara dituduh berkahwin secara tiba-tiba kerana hamil luar nikah, penyanyi popular Indonesia, Audy Item membidas tuduhan yang dibuat oleh media negaranya yang mengatakan dia telah hamil sebelum berkahwin dengan bintang filem "The Raid", Iko Uwais pada 25 Jun lalu.

Menurut sebuah blog hiburan tempatan, Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, menafikan tuduhan tersebut dan berkata tuduhan itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang berkahwin tanpa membuat pengumuman.

"Itu hanya gosip. Di Jakarta, apabila pasangan artis itu berkahwin secara tiba-tiba, pihak media di sana akan membuat pelbagai tuduhan termasuklah menuduh kita hamil sebelum nikah."

"Sama juga dengan saya di mana mereka lihat kami bercinta pada Februari lalu dan kini sudah bergelar suami isteri."

"Dan seperti mana anda dapat lihat, saya tidak hamil, tetapi saya teringin untuk punya anak bersama Iko nanti," katanya

Menurut Audy, dia tidak mengambil endah langsung terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya kerana baginya, dia kini mahu memberi fokus kepada kehidupan baru bagi menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Big riders mean big horses on Western trails
    Associated Press
    Big riders mean big horses on Western trails 41 minutes ago
    Big riders mean big horses on Western trails

    BOISE, Idaho (AP) — Wranglers in the West who have for decades cashed in on the allure of getting on a horse and setting out on an open trail say they have had to add bigger horses to their stables to help carry larger tourists over the rugged terrain. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.