Aura Aweera dalam kumpulan Mojo

24 Apr – Bintang kelahiran rancangan realiti "One In A Million" (OIAM) musim ketiga, Aweera muncul kembali selepas tiga tahun menyepi dalam industri muzik tempatan.

Kali ini kemunculan Aweera atau nama sebenarnya Nashrul Aweera Bin Nurhissham bersama kumpulan Mojo merupakan percubaan keduanya dalam industri muzik tempatan.

Aweera yang berusia 21 tahun turut berkongsi ceritanya sepanjang menyepi dalam bidang nyanyian selepas menyertai OIAM.

Setelah menyepikan diri selama tiga tahun dari bidang nyanyian, apa perkembangan terbaru yang ingin dikongsi bersama peminat setia anda?

Selama saya mendiamkan diri dari bidang nyanyian selepas menyertai "One In A Million" yang lalu, saya bekerja sebagai ahli muzik di Universiti Utara Malaysia. Saya masih menyanyi dan memenuhi permintaan dalam undangan di majlis kecil. Secara jujurnya, saya amat merindui untuk beraksi di pentas besar seperti ketika berada di dalam OIAM yang lalu.

Selepas menyertai rancangan realiti OIAM, nama Aweera seakan tenggelam berbanding peserta lain yang kita sedia maklum sudah bertapak kukuh dalam industri hiburan ini seperti Tomok dan lain- lain. Mungkin Aweera ingin menjelaskan situasi sebenar?

Mungkin selepas berakhir rancangan tersebut, saya sepatutnya menghasilkan lagu yang betul-betul kena dengan selera pada zaman tersebut namun sebaliknya yang berlaku. Saya tidak salahkan pihak rakaman mahupun yang membantu saya ketika itu, namun saya ambil semua itu sebagai satu pengajaran untuk saya lebih memahami konsep sebenar untuk menawan hati peminat muzik tempatan. Selepas kontrak bersama Monkey Bone tamat, saya seperti tiada hala tuju dan adakalanya seperti sudah berputus asa untuk mencuba nasib sebagai penyanyi di Malaysia. Namun disebabkan keazaman dan minat yang mendalam dalam bidang ini, saya akhirnya diberikan rezeki untuk bertapak semula selepas menerima tawaran dari pihak KRU Studio's untuk menjadi salah seorang vokalis dalam kumpulan Mojo.

Mungkin anda ada seorang mentor yang banyak memberikan tunjuk ajar untuk menjadi lebih matang dalam bidang nyanyian?

Ya, saya mempunyai seorang mentor yang saya gelarkan sebagai Sifu atau dia lebih dikenali dengan nama "Moq". Dia merupakan bekas anggota Search. Dia yang banyak memberikan saya tunjuk ajar untuk menjadi lebih baik dalam bidang nyanyian dan fokus dalam menyampaikan lagu-lagu yang perlu dinyanyikan.

Mungkin Aweera ingin komen mengenai industri selepas tiga tahun menyepi sebelum ini?

Saya merasakan artis baru seperti saya dan lain-lain ini seperti diperkotak- katik. Saya merupakan seorang artis dan mencari rezeki di dalam bidang yang sama. Namun pada mereka, saya seperti tiada harga diri setelah menawarkan harga yang terlalu rendah untuk saya ketika mengadakan persembahan di suatu tempat di Perlis. Tambahan pula, ketika itu saya bersama kumpulan nyanyian sendiri dan kesemuanya adalah 5 orang. Saya telah diberikan bayaran sebanyak RM100 untuk dibahagikan kepada 5 orang. Pada saya ini adalah permainan politik terhadap penyanyi baru ketika itu. Disebabkan minat yang mendalam, saya terima juga tawaran tersebut.

Jika anda pernah menerima bayaran sebanyak RM20 untuk satu persembahan, tidak mustahil anda pernah ditipu sebelum ini, pernah ditipu?

Banyak kali sebenarnya, saya pun tidak faham kenapa mereka berbuat begitu. Mungkin ketika itu saya masih muda untuk mengetahu keadaan sebenar, namun sekarang saya akan lebih berhati-hati.

Berbalik kepada kumpulan Mojo yang anda anggotai sekarang, boleh ceritakan serba sedikit mengenai info yang ingin dikongsi bersama peminat yang merindui kehadiran anda sebagai rocker suatu ketika dahulu?

Mojo bermaksud Aura. Perkataan tersebut lebih dikenali di kalangan pengemar muzik rock. Kali ini kami bawakan Mojo untuk menyerikan lagi industri muzik yang semakin ketandusan kumpulan rock lagenda seperti Wings dan Search. Mojo merupakan sebuah kumpulan yang berkonsepkan Synth-Rock. Dianggotai Aweera selaku vokalis utama, gitaris, Denny, dan pemain drum, Johar, dan Edry pemain Synthesizer. Di dalam album yang bakal dilancarkan pada bulan Mei nanti dimuatkan 4 buah lagu iaitu "Andai Ku Bercinta Lagi", "Mimpi", "Maafkan Aku" dan "Agar Tetap Indah". Lagu yang dimuatkan ini kebanyakkannya berentak balada dan Synth-Rock. Bagi lagu "Andai Ku Bercinta Lagi" ciptaan Edry Abd. Halim merupakan dari kisah sebenar kisah realiti sahabat Edry yang kematian isteri akibat penyakit kanser. Dalam lagu tersebut, ada menceritakan tentang perasaan suami tersebut yang terpaksa mencintai seorang perempuan selepas kematian isterinya dan masih tidak dapat melupakan kasih sayang terhadap isterinya.

Ini merupakan percubaan kedua Aweera dalam bidang nyanyian, apa yang ingin Aweera katakan disini?

Saya amat bersyukur dan amat berterima kasih dengan pihak KRU terutamanya Edry kerana memberikan peluang untuk saya kembali beraksi bersama Mojo. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi kelainan kepada peminat yang setia menanti menunggu kehadiran saya kembali dalam industri ini.

Mungkin ada sesetengah pihak yang mengatakan Aweera kembali ke bidang nyanyian hanyalah ingin mengejar populariti semata-mata, penjelasan Aweera sendiri bagaimana?

Saya meminati bidang ini kerana minat yang mendalam terhadap muzik. Dari kecil dan tidak mungkin saya memasuki bidang ini hanya ingin mengejar populariti semata-mata. Niat saya dalam industri hiburan ini hanyalah satu- ingin membantu keluarga di kampung. Pada mereka yang ada mengatakan sebegitu, terpulang kerana saya mempunyai niat lain untuk berjaya dan dapat membantu keluarga.

Harapan Aweera terhadap penerimaan peminat dengan kehadiran anda bersama kumpulan Mojo?

Saya akan buat yang terbaik untuk peminat saya terutamanya yang menyokong perkembangan terbaru Mojo.

Terima Kasih Aweera dan berjumpa lagi nanti!

Sama – sama dan terima kasih diatas sokongan yang diberikan!

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 21 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club
    Warhol digital images from 1985 revealed by Pittsburgh computer club

    By Elizabeth Daley PITTSBURGH (Reuters) - Previously unknown digital work made by pop artist Andy Warhol was resurrected from aging floppy disks by forensic computer experts from Carnegie Mellon University, the school announced on Thursday. They depict common Warhol subjects including Campbell's Soup cans, self portraits, bananas and Marilyn Monroe as well as doodles and camera shots of a desktop. Carnegie Mellon art professor Golan Levin said the work was recovered thanks in part to someone …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.