Advertisement

Aura White nafi Hanez Suraya digugurkan

Aura White nafi Hanez Suraya digugurkan

16 Apr – Aura White menafikan bahawa aktres "Autumn Di Hatiku", Hanez Suraya digugurkan daripada menjadi duta produk kecantikan tersebut seperti yang diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Sebaliknya Pegawai Pemasaran Aura White, Nurul Lina memberitahu, Hanez yang dilantik sejak Disember lalu membuat keputusan untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan tanpa mahu memperbaharuinya.

"Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya.

"Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi sebarang masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.

Sebelum ini Hanez dikatakan telah digugurkan sebagai duta Aura White kerana kontroversi dia merampas suami orang termasuk mempunyai masalah disiplin.

Malah gara-gara kontroversi tersebut, jualan produk Aura White dilaporkan jatuh merundum.

Walaubagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh Nurul yang berkata produk mereka lebih popular dan jualan semakin meningkat selepas kontroversi berkenaan.

Dalam pada itu, aktres baru Amyra Rosli dikatakan bakal menggantikan Hanez sebagai duta produk berkenaan kerana memenuhi ciri-ciri sebagai duta Aura White.