Awas! Bahaya makanan berminyak pada tubuh

25 Dis - Makanan goreng memang sedap jika dihidangkan pada waktu minum petang tetapi anda harus akan penyakit yang menunggu sekiranya anda gemar memakan makanan yang bergoreng ini.

Disebabkan rasanya yang lebih lazat, memang sukar bagi hampir daripada kita semua untuk meninggalkan tabiat memakan makanan goreng dalam jumlah kandungan yang banyak. Demi menjaga kesihatan diri sendiri untuk jangka masa yang lebih baik, adalah lebih elok sekiranya anda mengambil langkah-langkah mencegah sebelum datangnya kesan buruk pada masa akan datang.

Selalunya jika anda memakan makanan yang bergoreng, anda akan lebih cenderung merasai sakit perut dan berasa tidak sedap badan.

Senarai masalah yang dihidapi pemakan tegar makanan bergoreng dan berminyak adalah seperti yang di bawah:

Heartburn
Sakit ulu hati seperti berasa terbakar seringkali terjadi sewaktu anda berada di dalam posisi baring ataupun membongkok. Masalah ini disebabkan oleh pergerakan asam lambung ke dalam esofagus (saluran makanan yang mengalirkan makanan dari mulut ke perut). Untuk mengurangkan rasa tersebut, hindari makanan bergoreng dan gantikan dengan makanan yang dikukus atau direbus.

Gastroenteritis
Peradangan pada lapisan lambung akibat terlalu banyak memakan makanan berminyak dapat membawa kepada sakit gastroenteritis. Ianya disebabkan perut anda berisi dengan gas dan makanan yang dihadamkan mempunyai masalah kerana minyak yang terlampau banyak di dalam perut. Anda akan cenderung berasa lebih kenyang disebabkan gas yang terkumpul di dalam perut.

Ulser
Ulcer merupakan luka yang terjadi di sekitar bahagian dalam mulut atau usus yang menyebabkan rasa sakit pada sistem pencernaan. Penyakit ini disebabkan kuman yang dipanggil Pilori.

Gangguan pencernaan
Rasa tidak selesa di perut merupakan gejala dari adanya gangguan pencernaan. Walaupun gangguan perut ini bukan masalah kesihatan yang sangat serius, tetapi masalah inilah yang seringkali terjadi kepada pesakit. Gangguan pencernaan terjadi kerana makanan berlemak yang sangat sukar dihadam dan berat pada perut. Jika anda mengunyah makanan dengan baik, maka makanan akan lebih mudah dicerna, lantas mengurangkan masalah perut tidak selesa.

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit 13 hours ago
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! 13 hours ago
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • Tip fesyen buat si gadis comel
    Azizah Saleh - Tupai
    Tip fesyen buat si gadis comel Tue, Apr 15, 2014 4:20 PM MYT
    Tip fesyen buat si gadis comel

    Anda sering digelar gebu, bulat, tembam, comel mahupun 'chubby'? Nah...tutup sahaja telinga anda wahai si gadis anggun lagi bertuah! Ayuh kenali fesyen yang sesuai buat diri anda. …

  • Spiking chocolate truffles with tea and basil
    ALISON LADMAN - Associated Press
    Spiking chocolate truffles with tea and basil 17 minutes ago
    Spiking chocolate truffles with tea and basil

    Chocolate truffles with tea and fresh basil? Yes! …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …