Bakat Shila Amzah diiktiraf selepas memenangi "Asian Wave"

22 Nov – Shila Amzah dominasi kemenangan sebagai lagu terbaik menerusi lagu "Patah Seribu", di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) yang berlangsung baru-baru ini.

Rancangan yang dihoskan oleh pengacara terkemuka iaitu Adibah Noor dan Aznil Hj. Nawawi memperlihatkan banyak muka baru turut diiktiraf lagunya sebagai antara yang terbaik.

Antara kemenangan yang paling memberangsangkan adalah sewaktu Shila Amzah yang membawa pulang enam anugerah untuk lagu "Patah Seribu" yang merupakan ciptaannya.

Setelah hampir 12 tahun mengabadikan diri sebagai penyanyi, akhirnya pada tahun ini rezeki berpihak kepadanya selepas dinobatkan juara bagi pertandingan "Asian Wave 2012" yang berlangsung di Shanghai, China.

BACA: Shila Amzah perjelas isu persenda hijab
BACA: Teman lelaki Shila Amzah didakwa cekik kru produksi filem?

Apabila ditanya adakah disebabkan kemenangannya sebelum ini yang membuatkan nama Shila Amzah baru diberi perhatian pihak juri, Shila yang tampak begitu tenang menjawab pertanyaan.

"Saya tak berani nak komen lanjut mengenai hal ini, apa yang boleh saya cakapkan mungkin ini adalah rezeki saya. Bermula dari tahun lepas, perjalanan karier saya akhirnya diberi perhatian oleh pelbagai pihak."

"Namun tidak dinafikan kemenangan saya di Shanghai memang memberikan saya ruang untuk lebih dihargai di negara sendiri."

Di dalam perkembangan lain, Shila bakal sibuk dengan jemputan persembahan di China yang akan bermula pada bulan hadapan.

BACA: Shila Amzah juara pertandingan Asian Wave

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.