"Bebas" dipilih sebagai lagu tema filem "Jiwa Taiko"

27 Apr – Pengarah filem pecah panggung Osman Ali telah memilih lagu "Bebas" daripada The Azenders untuk menjadi lagu tema untuk filem aksi terbarunya, kerana lagu tersebut ialah tentang jiwa anak muda yang ingin bebas daripada kezaliman di mana ia sememang sesuai dengan jalan cerita "Jiwa Taiko".

"Saya memilih The Azenders kerana mereka mempunyai kebolehan untuk mencipta lagu yang kena dengan tema "Jiwa Taiko".

"Saya berjumpa dengan mereka dan menceritakan perasaan dan intipati filem ini kepada mereka. Secara kebetulan, The Azenders mempunyai bahan yang hampir sama, dan dengan mengubah sedikit maka terciptalah lagu "Bebas","ujar Osman Ali ketika ditemui pada pelancaran klip video lagu "Bebas" di Hard Rock Café KL, Selasa yang lalu.

Ini merupakan filem aksi kedua buat pengarah terkemuka ini selepas "Anak Halal". Osman memberitahu bahawa filem "Jiwa Taiko" ini pada mulanya diberi tajuk "Bara Jiwa", namun ia ditukar selepas berlaku satu insiden dimana seorang pelakon lagak ngeri melecur teruk di lokasi penggambaran.

Menurut pengarah "Ombak Rindu" ini, jalan cerita filem aksi ini bergerak seiring dengan penceritaannya. "Yang istimewanya filem "Jiwa Taiko" ini adalah kesemua pelakon membuat aksi lagak ngeri sendiri dengan mempamerkan unsur silat moden. Kami gunakan skil persilatan Melayu, namun ia diubah sedikit dengan kerjasama daripada Persatuan Silat Gayong Malaysia," katanya.

Sementara itu, Osman ditanya berapakah sasaran yang diletakkan untuk filem terbaru arahanya selepas mendapat kutipan pecah panggung sebelum ini dengan filem yang menaikkan nama Osman Ali iaitu "Ombak Rindu".

"Saya hanya sasarkan RM4 juta. Saya tak berana nak sasarkan lebih tinggi kerana sekarang ini dua filem ditayangkan dalam masa seminggu.

"Dapat RM4 juta ke atas pun saya dah rasa bersyukur. Sekarang ini saya dah mula buat pra-produksi untuk filem terbaru, "Munajat Kekasih", sebuah filem yang berkisarkan kisah cinta tapi memaparkan subjek kehidupan yang penuh tragedi."

Filem yang dibintangi oleh Remy Ishak, Diana Danielle dan Bront Palare ini akan mula berada di layar perak bermula 14 Jun 2012.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 21 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont ups the ante on genetically modified foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont ups the ante on genetically modified foods 16 minutes ago
    Vermont ups the ante on genetically modified foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont has raised the stakes in the debate over genetically modified foods by becoming the first state to pass a bill requiring that they be labeled as such in the grocery aisle, making the move despite the opposition of the powerful U.S. food industry. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.