Bebola daging IKEA Malaysia bebas daging kuda

27 Feb – Skandal penggunaan daging kuda di Eropah yang dilabelkan sebagai daging lembu dan khinzir kini mengakibatkan jualan bebola daging di IKEA di beberapa buah negara terpaksa dihentikan buat sementara waktu, apabila pihak Pentadbiran Veterinar Negara Czech menjumpai daging kuda dalam paket bebola daging yang dihantar ke semua kedai IKEA di seluruh Czech Republic.

Atas hal yang berlaku, sebanyak 16 buah negara Eropah seperti Slovakia, Hungary, Perancis, Britain dan Ireland serta negara Asia seperti Hong Kong dan Thailand menarik balik jualan tersebut, setelah bebola daging yang menggunakan daging kuda turut dipasarkan ke sana.

Tidak terkecuali dari melakukan tindakan sedemikian adalah IKEA di Malaysia, walaupun pihak IKEA Damansara tidak mendapati sebarang daging kuda dalam pakej bebola daging yang dijual.

"Bebola daging yang dijual di IKEA Malaysia hanya mengandungi daging lembu dari Australia. Bebola daging tersebut juga disahkan halal dan dikeluarkan secara tempatan di Malaysia. Tidak ada satu pun bahan ramuan dihasilkan oleh pembekal yang terkesan," jelas Roszalena Mashurdin, selaku pengurus IKEA Damansara semalam seperti yang tertulis di laman Facebook rasmi IKEA.

"Kami tidak menerima sebarang jenis ramuan lain melainkan yang dibenarkan di dalam resepi atau spesifikasi, dijamin menerusi piawaian yang ditetapkan, pensijilan serta analisa produk oleh makmal yang diiktiraf."

Namun, sebagai langkah keselamatan, pihak IKEA Damansara telah menghentikan jualan bebola daging buat sementara sementara menunggu keputusan ujian DNA yang yang baru sahaja dijalankan ke atas daging tersebut.

"Kami menjangkakan keputusan DNA akan keluar sekitar minggu hadapan untuk mengesahkan ketiadaan sebarang daging kuda dalam bebola daging tersebut," katanya.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 11 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows
    Jennifer Saba and Lisa Richwine - Reuters
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows 21 minutes ago
    AOL, Microsoft lure advertisers with TV-style shows

    By Jennifer Saba and Lisa Richwine NEW YORK/LOS ANGELES (Reuters) - Technology powerhouses like Microsoft Corp and AOL Inc are flexing their muscles as storytellers, parading TV network-style shows before advertisers at an annual digital content showcase in New York next week. With an eye on the big bucks such shows can command, Microsoft will trot out a football reality show called "Every Street United." Sony Corp's digital network Crackle will serve up Jerry Seinfeld's "Comedians in Cars …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …