Beg Ranggi menjadi ikutan remaja

28 Sep – Beg tangan bukan sekadar pelengkap gaya tetapi menjadi koleksi penggayaan wanita. Kepelbagaian potongan, warna dan kelainan fabrik menjadi ciri penting dalam pemilihannya.Ramai wanita inginkan beg yang boleh membawa mereka bergaya dari pagi hingga ke malam dan tampil dalam mood berbeza.

Berbicara mengenai dunia fesyen, golongan yang paling peka ialah remaja. Mereka dilihat sebagai golongan yang begitu menjaga penampilan selain ingin kelihatan cantik sepanjang masa.Tanpa mengira lelaki mahupun perempuan, realitinya hari ini industri fesyen dipelopori oleh remaja.

Untuk itu, pengusaha fesyen di negara ini sentiasa tampil dengan pelbagai reka bentuk terkini termasuklah aksesori. Memenuhi kehendak wanita yang ingin mempelbagaikan gaya, kehadiran beg sandang yang tampak ranggi boleh dipanjangkan tali menjadi beg silang atau ditanggalkan dan dibawa dalam genggaman pasti mengubah pandangan terhadap fungsi beg itu sendiri. Sementara itu, dompet dan beg kecil dihasilkan daripada pelbagai warna dan reka bentuk bagi menyerlahkan penampilan si pemakai .

Setiap koleksi beg, dompet dan kasut merupakan rekaan eksklusif yang juga sesuai untuk digayakan pada semua majlis dan acara. Selain beg tangan, jangan lupa memilih sepatu atau sandal dengan kepelbagaian corak dan warna.

Selesa, kemas serta menyerlahkan gaya fashionista keremajaan anda adalah tiga elemen penting yang akan meningkatkan keyakinan kala bertemu dengan orang ramai. Yang pasti, koleksi terbaru ini menjanjikan sesuatu yang segar, ranggi dan bertenaga buat remaja yang gilakan fesyen.

  • Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?
    Azizah Saleh - Tupai
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula? 4 hours ago
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?

    Hubungan suami isteri pasangan Fiza Halim dan Adam AF dikatakan sudah pulih semula. …

  • Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?
    Azizah Saleh - Tupai
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac? Thu, Apr 24, 2014 12:13 PM MYT
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?

    Mereka dikatakan telah bercinta semula kerana Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing. …

  • Hafiz Suip nafi ambil dadah
    Azizah Saleh - Tupai
    Hafiz Suip nafi ambil dadah Thu, Apr 24, 2014 11:39 AM MYT
    Hafiz Suip nafi ambil dadah

    Penyanyi popular, Hafiz Suip didakwa mengambil dadah kerana dilihat semakin kurus sejak kebelakangan ini. …

  • Naomi Campbell on harsh shoot
    Cover Media
    Naomi Campbell on harsh shoot 7 hours ago
    Naomi Campbell on harsh shoot

    Naomi Campbell has opened up about one of the hardest shoots she's done. …

  • Emma Stone's new bangs
    Cover Media
    Emma Stone's new bangs 7 hours ago
    Emma Stone's new bangs

    Emma Stone debuted a new hairstyle as she glowed at the premiere of her new film yesterday. …