Advertisement

Bella Dally lebih tenang selepas berhijab

Bella Dally lebih tenang selepas berhijab

19 Apr – Pelakon jelita, Bella Dally mengakui kehidupannnya lebih tenang kini setelah membuat keputusan untuk berhijab baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar, Nabilah Ali Dally yang berusia 22 tahun ini melahirkan rasa syukurnya dan menjelaskan penghijrahannya ini dilakukan hanya kerana Allah SWT.

"Saya berhijab kerana Allah SWT dan sudah lama menyimpan niat untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan lebih sempurna," ujarnya ketika ditemui di Alexis The Gardens sempena pelancaran wajah baru sebuah portal hiburan tempatan.

Bella turut menambah yang dia tidak mengalami sebarang mimpi atau petunjuk sebelum mengenakan hijab dan berasa bertuah kerana keputusanya untuk berhijab disokong penuh oleh ibu bapa dan rakan-rakan.

Ketika diminta mengulas tentang kisah percintaannya bersama Nazim Othman yang telah berakhir, Bella enggan mengulas mengenainya dan lebih senang mendiamkan diri.

Dalam perkembangan terbaru, Bella kini baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri "Kusinero Cinta" yang diarahkan oleh Feroz Kadir.

Drama yang mempunyai 60 episod itu turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan aktor popular Filipina, Jericho Rosales.

Bella berharap peminatnya tidak bingung jika penampilan dalam drama ini kerana pada waktu itu dia masih belum membuat keputusan untuk berhijab lagi.