Black kahwin 13 September

21 Ogos - Setelah bermacam dugaan ditempuhi, penyanyi Black akhirnya mengumumkan tarikh pernikahan bersama kekasihnya Cira Khairi, anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada aktres Datin Paduka Umie Aida akan dilangsungkan pada 13 September ini.

Majlis akad nikah bakal diadakan di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan majlis resepsi bertemakan "English Garden" bakal dilangsungkan pada 14 September di lokasi yang sama. Satu lagi majlis khas untuk peminat akan diadakan di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam bermula tengahari pada 15 September.

Black memilih tanggal 13 September untuk mengahwini Cira Khairi atau nama sebenarnya Naquira Yasira Mohd Khairi kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat dan lebih afdhal jika dilakukan selepas solat Jumaat.

Diminta berkongsi mengenai bakal isteri, Black yang merahsiakan kos tajaan yang diterima menganggap pertemuannya dengan Cira yang hanya dikenali tidak sampai tiga bulan sebelum mengikat tali pertunangan sebagai jodoh.

"Dia berusia 28 tahun. Dia juga adalah anak saudara kepada suami Umie Aida. Saya kenal dia hanya dua bulan. Kami bertemu pertama kali di Dataran Merdeka. Pada mulanya dia tak kenal pun yang saya ni seorang artis kerana dia baru pulang dari melanjutkan pelajarannya di Melbourne, Australia. Dia seorang yang 'simple' dan dia boleh terima saya seadanya. Sekarang ini dia bekerja dengan abangnya menguruskan perniagaan," ujar Black.

Black ketika majlis sidang media pengumuman tarikh nikahnya yang diadakan di Zebra Square turut memberitahu dia kini mahu dikenali sebagai Black Hanifah dan berharap agar mendapat keberkatan dengan nama tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Black juga telah meminta pertolongan daripada penyanyi dan komposer Ajai untuk mencipta lagu khas berjudul "Si Merah Si Putih" yang dirakam oleh Black bersama rapper RJ sempena hari bersejarahnya.

"Ia bukan lagu cinta, tetapi lebih kepada lagu kahwin. Liriknya juga ditulis oleh Ajai dan mengikut cadangan ia akan dijadikan single terbaru saya," kata Black memetik laporan Berita Harian.

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan 9 hours ago
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Title of new Hillary Clinton book: 'Hard Choices'
    KEN THOMAS - Associated Press
    Title of new Hillary Clinton book: 'Hard Choices' 48 minutes ago
    Title of new Hillary Clinton book: 'Hard Choices'

    WASHINGTON (AP) — Hillary Rodham Clinton's upcoming book will be called "Hard Choices," a title that reflects how the potential 2016 presidential candidate may try to define her record as President Barack Obama's secretary of state while she considers another White House campaign. …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …