Bukan sekadar pelindung mata

15 Jan – Selain baju, seluar dan kasut,kaca mata hitam juga adalah simbol fesyen terkini terutama bagi kaum lelaki. Kaca mata hitam berfungsi sebagai pelindung mata daripada panahan terik matahari selain memberi gaya kelainan kepada seseorang individu.

Selain itu juga kaca mata hitam ini juga merupakan antara produk yang mampu dimiliki oleh semua orang berbanding barang lain yang berjenama . Ini menunjukkan dengan kaca mata hitam sahaja kita mampu berfesyen seperti orang lain. Kaca mata hitam ini memberi nafas baru kepada pakaian yang kita ada mengikut peredaran gaya ataupun trend terkini.

Terdapat pelbagai jenis dan rekaaan kaca mata hitam di pasaran sekarang dan ada yang mahal bagi yang brjenama dan ada yang murah yang mampu dipakai oleh semua orang. Sememangnya kaca mata hitam ini mempunyai pilihan rekaan dalam bentuk saiz, hiasan dan perincian berbeza sesuai mengikut citarasa semua individu.

Para pencinta fesyen di luar sana tidak lagi membeli kaca mata kaca mata hitam semata-mata untuk melindungi mata dari pancaran UV tetapi rekaan yang pelbagai telah menjadi tarikan kepada mereka yang gemarkan gaya yang lebih hangat.

Gaya paling terbaru dan popular adalah yang diinspirasikan daripada gaya kaca mata hitam ilham retro 50an. Bingkai plastik kembali dengan gaya kontemporari ilham mata kucing yang mengingatkan kita pada ikon filem barat seperti Marilyn Monroe.

Ramai tidak menyedari kaca mata yang dijual di pasaran boleh dibezakan kegunaannya berdasarkan warna lensa, bentuk bingkai dan jenis cermin. Lensa berwarna gelap seperti hijau gelap, coklat dan kelabu antara pilihan paling popular sesuai aktiviti siang misalnya ketika pemanduan manakala lensa warna cerah khusus untuk waktu malam.

Lensa dua tona kini menjadi pilihan ramai penggemar kaca mata hitam terutamnya kepada peminat Rayban Malaysia kerana iannya begitu fleksibel boleh digayakan pada malam ataupun siang. Kaca mata dua tona ini amat sesuai digayakan sama ada lelaki ataupun perempuan.

Selain itu, turut diperkenalkan di pasaran adalah sejenis cermin mata hitam yang menggunakan cermin polarized. Kelebihan cermin berkenaan adalah ia mampu melaras kemasukan cahaya dan silau membuatkan pemandangan menjadi jelas.

Di bawah ada beberapa info bagi mereka ingin memiliki kaca mata hitam.

INFO:
• Kaca mata hitam berbingkai kristal telus sinar antara rekaan bingkai yang tidak kurang hebat musim ini.
• Cermin mata hitam berbentuk aviator adalah belian yang terbaik kerana rekaannya tidak lapuk dek zaman.
• Ketika memilih cermin mata, pastikan bingkai di bahagian pipi tidak menyentuh kulit untuk mengurangkan tekanan di bahagian hidung.
• Individu bertudung dinasihatkan memilih tangkai cermin mata yang lurus bagi memudahkan pemakaian.
• Elakkan membeli cermin mata hitam di negara Eropah kerana rekaan bingkai khusus untuk fizikal wajah mereka dibuat melengkung manakala wajah Asia sesuai bingkai potongan lurus.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 16 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Doctor convicted in Michael Jackson death denied latest appeal
    Doctor convicted in Michael Jackson death denied latest appeal

    The California Supreme Court on Wednesday refused to hear an appeal by Michael Jackson's personal physician, Conrad Murray, who was found guilty of involuntary manslaughter in the pop star's death. Murray was released from a Los Angeles jail in October after serving two years but wants to clear his name. The cardiologist's attorney, Valerie Wass, said Murray will likely attempt to overturn his conviction in federal court. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …