Cara-cara pencegahan jerawat

Ketika anda masih kecil, tidak mustahil hampir semua orang mempunyai jangkitan demam campak. Demam campak bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan, tetapi juga meninggalkan parut-parut yang sangat buruk. Namun parut-parut ini hanyalah sementara sahaja dan agak mustahil untuk anda mendapat demam campak buat kali kedua!

Apabila anda meningkat dewasa, hormon-hormon dalam badan akan berubah dan untuk sesetengah orang yang tidak mempunyai genetik kulit cantik, akan mula menghadapi satu masalah yang lebih dahsyat daripada parut demam campak, iaitu JERAWAT!

Jerawat bukan sahaja berlaku ketika anda berusia remaja, malah 54 peratus wanita yang berumur lebih 25 tahun juga menghadapi masalah ini, dan ianya lebih lazim di kalangan wanita berumur 30an. Selain masalah kulit berkedut, masalah jerawat dan kesan-kesan parut akibat jerawat adalah salah satu masalah wanita yang sangat merunsingkan.

Menurut ahli dermatologi dan penulis buku "Heal Your Skin", Ava Shamban serta Pengarah Pusat Latihan Dan Pembangunan Institut Dermatologi, Annet King, masalah jerawat adalah genetik dan ianya boleh dirawat dengan bantuan doktor pakar kulit. Walaubagaimanapun, kos rundingan ini selalunya mahal. Masih ada cara lain yang tidak menggunakan wang dan boleh dilakukan untuk melawan masalah jerawat. Di sini kami senaraikan penyebab jerawat menyerang dan bagaimana anda boleh mengelaknya.

1. Penggunaan alat solekan dengan bahan-bahan tiruan

Kebanyakan wanita pastinya menggunakan alat kosmetik apabila keluar dari rumah, dan dalam mengaplikasi solekan tersebut, anda pastinya menggunakan bedak, alat-alat kosmetik seperti berus, pembayang mata dan lain-lain. Tapi sedarkah anda bahan-bahan di dalam alat solekan anda boleh memberi kesan terhadap kulit anda? Malah ada alat solekan yang menggunakan bahan-bahan tiruan. Oleh itu lihatlah bahan-bahan ini ketika anda membeli alat solekan yang boleh menyebabkan masalah jerawat.

Warna tiruan: Sekiranya terdapat perkataan "FD&C", ini bermakna produk ini mempunyai bahan tiruan. Bahan ini boleh menyebabkan iritasi kulit, dan sekiranya ia terdapat dalam pemerah pipi atau lipstik, ianya boleh menyebabkan jerawat di pipi atau sekeliling mulut.

Lanolin: Ini adalah sejenis sebum atau minyak kambing biri-biri. Walaupun ianya bagus untuk kulit kering, tetapi ianya boleh memberi kesan buruk untuk kulit yang memang bermasalah.

Minyak mineral: Bahan ini akan membentuk satu lapisan di permukaan kulit, di mana ianya akan memerangkap kulit mati dan bakteria (penyebab utama jerawat) dan juga menyebabkan milia, iaitu sejenis bintik-bintik putih di kulit anda.

Petroleum: Ini adalah sejenis bahan yang membuatkan kulit anda lebih berminyak dan semestinya anda tidak perlukan bahan ini di muka anda.

Isopropyl Myristate: Bahan ini boleh membuatkan kulit anda kurang berminyak, tetapi ianya akan menyumbat liang-liang roma dan menyebabkan iritasi kulit.

Pewangi tiruan: Bahan ini boleh menyebabkan kulit bermasalah. Oleh itu, cubalah cari produk yang bebas pewangi.

2. Tekanan pada permukaan kulit

Tekanan pada permukaan kulit turut boleh menyebabkan jerawat. Contohnya seperti penggunaan telefon bimbit, memegang muka anda dengan tangan dan sebagainya. Ini kerana tangan anda, telefon bimbit dan sebagainya adalah kotor dan mempunyai bakteria. Apabila anda mendekatkan bahan-bahan ini ke muka anda, maka bakteria itu akan berjangkit dan menyebabkan pembiakan bakteria di kulit anda, yang kemudiannya menyebabkan jerawat!

Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar habit anda dalam memegang muka anda, dan juga membersihkan sebarang permukaan barang-barang yang selalu digunakan berdekatan dengan kulit muka, terutamanya telefon bimbit supaya tiada jangkitan bakteria.

3. Stress

Sedarkah anda setiap kali anda stress, kulit anda akan menjadi kusam dan bermasalah? Ini kerana apabila anda stres, badan anda akan menghasilkan hormon berlebihan dan juga kortisol yang boleh menyebabkan jerawat. Selain penyebab kulit berkedut, masalah jantung dan juga masalah penghadaman, stress juga boleh menyebabkan tahap imunasi badan anda rendah. Oleh itu ianya boleh menyebabkan badan anda lebih terdedah kepada bakteria dan pelbagai penyakit. Jadi apa anda perlu buat? Relaks! Kurangkan tahap stress anda dengan bertenang dan membuat aktiviti yang boleh menceriakan anda, contohnya beriadah dengan keluarga, menonton wayang ataupun bergelak ketawa!

4. Pakaian dan alas katil/bantal yang kotor

Bakteria boleh berada di mana-mana sahaja dan salah satunya dalam bentuk kulit mati. Apabila anda tidur, kulit anda akan mengalami proses penukaran dan kulit-kulit mati akan jatuh. Cuba bayangkan, anda tidur selama 6 sehingga 8 jam setiap hari, dan sekiranya alas bantal tidak ditukar, anda akan tidur dengan kulit-kulit mati dan bakteria melekat di muka anda! Selain itu, baju-baju anda pakai yang sudah terdedah dengan peluh, kotoran di luar, sekiranya tidak dicuci, akan menjadi tempat bakteria membiak! Malah tuala yang lembap selepas digunakan juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Oleh itu, apa yang patut anda buat ialah menukar cadar dan alas bantal sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Kemudian anda hendaklah menggunakan tuala baru setiap hari. Selain itu kurangkan penggunaan bahan pelembut dan pencuci yang mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi apabila mencuci pakaian anda.

5. Produk rambut

Ramai yang tidak sedar penggunaan syampu dan produk rambut boleh menyebabkan jerawat. Sekiranya anda fikir balik, tahukah anda berapa kali rambut anda menyentuh kulit muka anda? Melainkan anda cuci rambut anda setiap hari dan malam sebelum tidur, bahan-bahan tersebut akan melekat di bantal tidur anda, seterusnya ke muka anda.

Malah dengan bahan-bahan yang terdapat dalam produk rambut seperti minyak, silikon, dan sebagainya boleh membuatkan kulit anda tersumbat. Jadi apa yang perlu anda buat ialah mengelakkan rambut anda daripada jatuh ke muka, seperti memakai cekak rambut atau mengikat rambut anda. Bagi mereka yang memakai tudung, pastikan kain tudung anda bersih dan dibasuh setiap hari.

6. Berus solek

Setiap kali anda menggunakan berus solekan, kulit-kulit mati anda akan melekat di alat tersebut, seterusnya menjadi tempat bakteria membiak dan menyebabkan jerawat. Oleh itu apa yang perlu anda lakukan ialah menggunakan span solekan sekali sahaja atau mencuci berus yang digunakan setiap minggu dengan pencuci khas berus solekan atau syampu. Ini akan membuat berus anda bebas bakteria dan membuatkan kulit anda bebas jangkitan jerawat!

7. Pemakaian baju ketat

Selain di muka, jerawat juga boleh menyerang permukaan kulit di badan yang lain seperti belakang badan, dada malah kaki! Selalunya perkara ini berlaku apabila kulit mati dan peluh terperangkap di badan akibat pemakaian baju yang tidak sesuai seperti terlalu ketat. Fabrik seperti polyester atau lycra juga boleh memerangkap kulit-kulit mati dan peluh di badan, menyebabkan bakteria membiak. Oleh itu, apa yang perlu anda buat untuk mengelak perkara ini ialah memakai pakaian yang longgar menggunakan fabrik kapas atau bahan yang membenarkan kulit anda untuk bernafas.

  • Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?
    Azizah Saleh - Tupai
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula? 4 hours ago
    Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?

    Hubungan suami isteri pasangan Fiza Halim dan Adam AF dikatakan sudah pulih semula. …

  • Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?
    Azizah Saleh - Tupai
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac? Thu, Apr 24, 2014 12:13 PM MYT
    Elaine Daly kembali bercinta dengan Hans Isaac?

    Mereka dikatakan telah bercinta semula kerana Hans memuat naik gambar mereka bersama keluarga masing-masing. …

  • Hafiz Suip nafi ambil dadah
    Azizah Saleh - Tupai
    Hafiz Suip nafi ambil dadah Thu, Apr 24, 2014 11:39 AM MYT
    Hafiz Suip nafi ambil dadah

    Penyanyi popular, Hafiz Suip didakwa mengambil dadah kerana dilihat semakin kurus sejak kebelakangan ini. …

  • Naomi Campbell on harsh shoot
    Cover Media
    Naomi Campbell on harsh shoot 7 hours ago
    Naomi Campbell on harsh shoot

    Naomi Campbell has opened up about one of the hardest shoots she's done. …

  • Emma Stone's new bangs
    Cover Media
    Emma Stone's new bangs 7 hours ago
    Emma Stone's new bangs

    Emma Stone debuted a new hairstyle as she glowed at the premiere of her new film yesterday. …