Cara mengatasi masalah keputihan wanita

8 Okt - Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit – penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan seks. Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau menghidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang - kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Pada kebiasaannya, lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nenas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya.

Penggunaan tuala wanita boleh mengundang kehadiran kulat. Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap. Elakkan juga memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 14 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line
    Mike Collier - AFP News
    Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line 2 hours 13 minutes ago
    Baltics mull joint TV channel to counter Kremlin's line

    Europe's Baltic states are in talks to set up their own Russian-language television channel in a bid to counter the deluge of propaganda aimed at their ethnic Russian populations by Moscow-backed media. Numerous Russian-language media outlets already exist in Estonia, Latvia and Lithuania but most emanate from Russia and toe its line on politics and history -- sensitive issues in a region that endured half a century of Soviet occupation. This month, Latvia and Lithuania each suspended the …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …