Dapatkan rambut lebat ikal mayang


Tertanya-tanya bagaimana ingin memiliki rambut tebal ikal mayang seperti yang seringkali dipapar dalam iklan syampu walaupun anda mempunyai rambut nipis? Rambut adalah mahkota wanita paling berharga. Malah ramai wanita yang sanggup berhabis duit demi memiliki rambut idaman. Namun bagi mereka yang tidak memiliki 'simpanan' mencukupi, apa kata ikuti beberapa tips di bawah.

Tukar belahan rambut
Bagi mereka yang berambut nipis, cara mudah untuk menghasilkan ilusi rambut lebat dan memiliki volume adalah menukar sisi belahan rambut anda. Jika anda sering membelah rambut ke kiri, cuba sekali-sekala tukar ke kanan untuk melihat perbezaannya.

Potongan rambut yang sesuai
Anda boleh mencuba potongan berlapis (layer) dan dikemaskan dengan sedikit lekukan di hujung rambut. Apa yang perlu anda elakkan adalah layer yang tajam kerana ia hanya akan menampakkan rambut anda lebih nipis terutama sekali bagi mereka yang berambut lurus. Bagi mereka yang memiliki rambut yang panjang tetapi nipis, apa kata cuba potongan layer pendek kerana potongan ini akan menampakkan lagi volume rambut anda kelihatan tebal.

Biarkan rambut dilepaskan
Bagi mereka yang memiliki rambut panjang tetapi nipis, jangan biasakan mengikat rambut kerana ini hanya akan menyebabkan rambut anda kurang sinaran matahari yang membantu menyihatkan rambut. Malah rambut anda tidak akan sihat kerana kurang udara. Oleh yang demikian, selalulah lepaskan rambut dan biarkan ditiup angin. Lama-kelamaan rambut anda yang kelihatan leper akibat selalu diikat akan kembali normal dan seakan memiliki rambut tebal.

Keringkan rambut gunakan pengering rambut
Terutamanya bagi anda yang membasuh rambut di pagi hari, jangan terus menyikat rambut ketika masih basah, biarkan sementara sehingga lembab. Kemudian barulah anda keringkan rambut menggunakan pengering rambut. Ketika proses pengeringan, jari-jemari haruslah sentiasa membawa rambut keluar agar ianya kelihatan kembang.

Jangan gunakan serum terlalu banyak
Serum memang bagus untuk kesihatan rambut namun jangan calitkan serum ke rambut dengan kuantiti yang banyak kerana ia hanya akan menjadikan rambut anda kelihatan penyek dan leper. Sudahlah rambut nipis, ditambah dengan serum hanya akan mencacatkan kecantikan rambut. Pandai-pandailah ya!

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek 3 hours ago
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Makanan yang boleh kawal penyakit
    Azwa Iela - Tupai
    Makanan yang boleh kawal penyakit Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Makanan yang boleh kawal penyakit

    Di sini kami ingin berkongsi informasi mengenai beberapa jenis makanan yang baik untuk tubuh badan anda. …

  • Rawatan bawah mata dan kedutan!
    Hana Ahmad - Tupai
    Rawatan bawah mata dan kedutan! Wed, Apr 16, 2014 11:08 AM MYT
    Rawatan bawah mata dan kedutan!

    Masalah lingkaran hitam bawah mata serta kedutan boleh diatasi dengan mengamalkan tips-tips mudah berikut. …

  • US college entrance test, the SAT, gets a revamp
    Robert MacPherson - AFP News
    US college entrance test, the SAT, gets a revamp 5 hours ago
    US college entrance test, the SAT, gets a revamp

    Getting into college in the United States will no longer hinge so much on a high school student's grasp of arcane vocabulary or obtuse mathematical formulas. Changes to the Scholastic Aptitude Test (SAT) unveiled Wednesday are intended to breathe new vigor into the 88-year-old college entrance exam at a time when some critics are challenging its value. "The changes to the SAT will distinguish it from any current admission exam," said the College Board, the New York-based non-profit that …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …