Datuk Fazley terpaksa beku cuti pekerja

Datuk Fazley terpaksa beku cuti pekerja

14 Jul – Penyanyi popular Datuk Fazley Yaakob akui terpaksa membekukan cuti pekerjanya kerana perlu menyiapkan tempahan macaron yang dijual secara dalam talian berikutan tempahan semakin meningkat mendadak sejak awal Ramadan.

"Saya tiada pilihan selain membekukan cuti para pekerja saya kerana tempahan yang masuk sangat banyak sehingga kami tidak cukup tangan bagi menyiapkan semua tempahan.

"Alhamdulillah tempahan cukup memberangsangkan terutama secara 'online' dan ia cukup mengembirakan," katanya kepada mStar.

Menurut Fazley, demi menyiapkan tempahan macaron yang diberi nama Suka Sucre, beliau sanggup mengenepikan persiapan Syawal tahun ini.

"Belum ada persiapan raya lagi kerana terlalu buat macaron. Saya perlu mengutamakan kepercayaan para pelanggan dan ingin memberikan yang terbaik kepada mereka.

"Insya-Allah ada sedikit masa terluang pasti persiapan. Hari Raya untuk keluarga dapat disediakan."

Dalam perkembangan lain, Fazley bakal menyumbang suara dalam filem animasi Hollywood "Despicable Me 2" sebagai watak Dr Nefario.