David Teo hasrat terbit lebih banyak filem Islamik

  • Ranveer Singh shoots for Condom Ad!

    Ranveer Singh shoots for Condom Ad!

    Ranveer Singh shoots for Condom Ad!

    Out of the big list for choosing a brand ambassador to endorse a Condom Ranveer Singh was a great pick up. Actor who is currently busy shooting for his upcoming movie, Kill Dill took some time off to shoot for an Ad campaign for 'Durex' condoms. …

  • Another selfie Kumari from B-Town

    Another selfie Kumari from B-Town

    Another selfie Kumari from B-Town

    Initially, it was love is in the air, but now it’s selfie in the air. Be it Bollywood celebs or aam admi , everybody is smitten by the selfie obsession. Here is another selfie from B-Town, actress Shraddha Kapoor who has been shooting in Pune for an Ad Film tweeted the pic. …

  • Geelani says Modi's emissary met him in March

    Geelani says Modi's emissary met him in March

    Geelani says Modi's emissary met him in March

    Kashmiri separatist leader Syed Ali Shah Geelani claimed Narendra Modi's two emissaries had approached him on March 22 for a meeting with him while he was in Delhi for treatment. He said he rejected the offer citing Modi's RSS background. …

4 Sept - Penerbit filem terkenal tanahair, David Teo tanpa berselindung mengakui bahawa walaupun filem terbaru terbitannya, 'Salam Cinta' yang mengenengahkan filem bergenre Islamik mungkin tidak mampu mencatat kutipan pecah panggung, namun ia sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menerbitkan filem berbentuk Islamik ini.

David yang ditemui pada Majlis Pra-tonton filem 'Salam Cinta' di Sunway Pyramid malam semalam, turut menyifatkan, penghasilan sesebuah naskah atau filem bercorak Islamik bukanlah sesuatu yang mudah seperti filem bergenre lain kerana ia memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang tepat berlandaskan ajaran Islam.

"Filem berbentuk dakwah atau Islamik ini bukanlah satu genre yang senang dihasilkan, ramai penerbit dan pengarah di negara ini tidak berani untuk menghasilkan filem sebegini. Ia bukan saja dilihat dari segi penghasilan, namun faktor untung juga turut diambil kira.

'Salam Cinta' arahan Azhari Zain merupakan filem ke-63 terbitan Metrowealth Movies Production dan merupakan filem Islamik terbaru yang pernah dihasilkan oleh produksi tersebut selepas filem Islamik pertama, 'Syukur 21' pada tahun 2000.

Tambah David, dengan penerimaan positif para penonton terutamanya sambutan daripada peminat filem bergenre Islamik, dia berhasrat untuk menerbitkan lebih banyak filem bergenre ini untuk tatapan umum.

"Tahun ini hanya sebuah filem Islamik diterbitkan, tapi pada tahun hadapan saya berhasrat untuk menambah pengeluaran filem Islamik daripada lima ke 10 buah setahun. Kalau sudah tidak ada sesiapa yang mahu buat, biar saya yang buat.

"Biar tidak untung, asal jangan bagi rugi saya, itu sudah memadai," ujarnya berseloroh.

David turut memuji keberanian pengarah filem ini, Azahari Zain yang sebelum ini pernah mengarahkan filem bergenre sama, '7 Petala Cinta' kerana berani menyahut cabaran mengarahkan filem ini.

"Seperti yang saya kata tadi, ramai pengarah yang tidak berani mengarahkan filem sebegini dan saya puji keberanian Azhari yang tidak pernah patah semangat untuk terus menghasilkan filem berunsur dakwah," Jelas David.

David turut melihat filem ini seakan mengambarkan transisi heroin filem ini yang juga bintang kelahiran Metrowealth, Diana Amir suatu ketika dulu sebelum mengambil keputusan mengenakan hijab.

"Sebelum ini, Diana Amir tampil dengan penampilan agak seksi menerusi filem pertamanya, 'Aku Masih Dara' terbitan Metrowealth, dan kini dalam filem kedua lakonannya, 'Salam Cinta' pula, Diana tampil lebih sopan mengenakan tudung. Ia secara langsung memperlihatkan Diana sebelum dan selepas berhijrah," ujar David tersenyum.

'Salam Cinta' yang membariskan lakonan mantap barisan pelakon seperti Kamal Adli, Diana Amir, Syk Balas serta ramai lagi bakal ditayangkan di pawagam bermula 6 Spetember ini.

Antara filem-filem MIG yang turut menemui penonton tidak lami lagi adalah seperti 'Aji Noh Motor' (20 September 2012, 'Taikun' (4 Oktober 2012), 'Aku Terima Nikahnya' (11 Oktober 2012), 'Pe-3' (18 Oktober 2012), 'Budak Pailang' (1 November 2012) dan 'Ajiboy' pada 8 November ini.

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 17 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan Fri, Apr 18, 2014 11:20 AM MYT
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Mourning and memories in Garcia Marquez's languid hometown
    Helen Murphy - Reuters
    Mourning and memories in Garcia Marquez's languid hometown 1 hour 29 minutes ago
    Mourning and memories in Garcia Marquez's languid hometown

    By Helen Murphy ARACATACA, Colombia (Reuters) - The sleepy Colombian town that was Gabriel Garcia Marquez's birthplace and inspired him to write "One Hundred Years of Solitude" mourned its Nobel Prize-winning author on Friday with music, candles and flowers. A day after Garcia Marquez's death, his cousin Nicolas Ricardo Arias leafed through dog-eared photographs and recalled with a smile the family reunions on the rare occasions when Aracataca's famous son returned home. "I remember him with …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.