Didakwa pukul suami jejaskan kehidupan Sharifah Nadia

22 Mei – Pelakon Sharifah Nadia berkata selepas laporan yang mendakwa dia mencederakan suaminya tersiar, ia telah memberi kesan kepada kehidupannya serta persepsi buruk masyarakat terhadapnya yang tidak tahu mengenai kejadian sebenar.

"Apabila orang baca tentang artis wanita didakwa mencederakan suami berserta gambar saya yang terpampang di akhbar sudah tentu ia memberi kesan kepada saya.

"Masyarakat tidak tahu cerita sebenar tentang apa yang berlaku dan saya agak terkilan apabila ada yang terus membuat pelbagai spekulasi tidak benar," katanya kepada mStar.

Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Nadia Yusnita Abd Haniff, 32, pada 20 Mac lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan suaminya, Lob Mahadir Abdul Shukur, 40 pada November tahun lalu.

BACA:
Mohd 'Mentor' ditahan polis atas dakwaan merogol teman wanita
Aktor popular Shahz Jaszle ditangkap khalwat
Marsha Milan buang keluarga?
Sharifah Sakinah mohon maaf muat naik video berunsur lucah

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya sabitkan kesalahan.

Menurut Sharifah, dia kini tidak mahu mempertahan diri tentang berita yang dilaporkan akhbar kerana kebenaran akan terbukti di mahkamah dan tidak mahu membebankan fikirannya dengan tohmahan masyarakat terhadapnya.

"Apa orang nak kata tentang diri saya biarlah kerana hanya saya dan suami yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan rasanya saya tidak perlu untuk menjelaskan tentang keadaan sebenar kepada orang lain."

Dalam pada itu, Sharifah turut menfailkan kes dia dipukul suaminya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hasil perkongsian hidup dengan Lob, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Lob Ahmad Dani, 6, Puteri Anis Khairah, 5, dan Lob Umar Faiq, 3.

  • Kebaikan air kacang soya
    Azwa Iela - Tupai
    Kebaikan air kacang soya 7 hours ago
    Kebaikan air kacang soya

    Ramai yang mungkin suka minum air kacang soya, namun ramaikah yang tahu akan khasiat atau kebaikan kacang soya ini? …

  • Tips penjagaan bawah lengan
    Azwa Iela - Tupai
    Tips penjagaan bawah lengan 20 hours ago
    Tips penjagaan bawah lengan

    Di sini kami ingin berkongsi dengan golongan wanita di luar sana beberapa tips berguna untuk mendapatkan bawah lengan yang cerah. …

  • Ketahui kesalahan ketika bersolek
    Azwa Iela - Tupai
    Ketahui kesalahan ketika bersolek Thu, Apr 17, 2014 11:43 AM MYT
    Ketahui kesalahan ketika bersolek

    Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa kesalahan ketika anda bersolek. …

  • Singer Chris Brown's assault trial delayed to next week
    Tom Ramstack - Reuters
    Singer Chris Brown's assault trial delayed to next week 1 hour 54 minutes ago
    Singer Chris Brown's assault trial delayed to next week

    By Tom Ramstack WASHINGTON (Reuters) - Singer Chris Brown's assault trial was delayed on Friday, when a Washington, D.C., judge put off a verdict for the R&B artist's bodyguard whose trial on the same charge is scheduled to conclude first. District of Columbia Superior Court Judge Patricia Wynn said she will need until Monday to consider the evidence and decide the verdict in the misdemeanor assault trial of bodyguard Christopher Hollosy, accused of assaulting a man who tried to photograph …

  • Dapatkah Pelat Dipulihkan?
    Yahoo Newsroom
    Dapatkah Pelat Dipulihkan? Thu, Sep 19, 2013 1:54 PM MYT
    Dapatkah Pelat Dipulihkan?

    Pelat bukanlah disebabkan oleh lidah yang pendek. Apakah punca pelat? …