Elly Mazlein gembira dengan kehidupan sekarang

16 Jan – Penyanyi dan juga pelakon yang dahulu terkenal dengan lagu "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" Elly Mazlein memberitahu walaupun jarang ditemui pihak media namun dia masih aktif dengan kerjaya sebagai pelakon.

Ujarnya lagi bukan dia mahu mengelak dari bertemu pihak wartawan tetapi disebabkan kekangan masa menyebabkan dia terpaksa menolak dan membatalkan sesi bergambar bersama beberapa wartawan.

Elly Mazlein yang masih kekal lembut dengan suaranya memberitahu dia kini gembira dengan kehidupan sekarang.

Mungkin boleh ceritakan sedikit perkembangan terbaru Elly ?
Saya masih lagi aktif berlakon dan kini baru sahaja balik dari penggambaran drama terbitan RTM di Sekichan, Selangor. Dan saya juga mempunyai satu single selepas 7 tahun menyepi dari dunia nyanyian hasil ciptaan Manusia Putih bertajuk "Bersabarlah Wahai Hati".

Adakah lagu ini mempunyai kaitan tersendiri dengan kehidupan peribadi Elly Mazlein?
Sejujurnya tidak ada kaitan dengan saya, namun lagu ini menceritakan kisah percintaan yang pernah terjadi kepada seseorang.

Mengapa Elly seperti mengelak tatkala bercerita tentang kisah pertunangan Elly Mazlein?
Saya rasa perkara tersebut patut kerana buat apa mahu bercerita jika seseorang itu masih belum pasti menjadi suami kita. Pada saya jika bertunang tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Buat masa ini biarlah menjadi rahsia. Lagipun jika orang kenal saya pasti orang tahu jenis saya yang macam mana. Saya lebih selesa bercerita mengenai perjalanan karier berbanding kisah peribadi. Saya sudah berada dalam industri ini hampir sepuluh tahun. Populariti dan gosip murahan tidak penting untuk saya.

Mungkin boleh target bila Elly bakal menamatkan zaman bujang?
Umur saya kini sudah mencecah ke usia 33 tahun. Wanita mana yang tidak mahu memiliki keluarga sendiri, begitu juga saya. Namun semuanya terletak pada lelaki. Jika kami telah memilih tarikh yang sesuai kami akan umumkan tentang perkahwinan nanti.

Tidak penat menjawab segala pertanyaan setiap orang yang akan bertanya mengenai status pertunangan Elly Mazlein?
Saya penat juga namun apakan daya ini adalah realiti sebenar kehidupan artis. Saya amat bernasib baik kerana keluarga banyak menyokong dan sangat memahami situasi saya. Mereka tidak pernah memaksa dalam apa jua hal.

Berbalik pula kepada filem terbaru Elly berjudul "Awan Dania The Movie", boleh ceritakan dengan lebih lanjut watak Elly dalam filem ini?
Saya memegang watak sebagai Tania dalam Awan Dania The Movie. Dalam filem ini saya digandingkan bersama Scha Al-Yahya dan juga Jehan Miskin. Karakter saya dalam filem ini agak lain kerana saya memegang watak sebagai seorang perempuan gedik yang merupakan pramugari bagi syarikat penerbangan tambah murah FireFly. Ianya merupakan pengalaman baru bagi saya kerana pertama kali bekerja di bawah arahan Rashid Sibir. Saya gembira bekerjasama dengannya kerana dia seorang pengarah yang berbakat dan tahu apa yang diinginkan.

Terima kasih Elly Mazlein di atas masa yang diluangkan!
Sama-sama.

Awan Dania The Movie bakal menjengah ke pawagam pada 14 Mac ini! Jangan lupa tonton!

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 3 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Tips, serious and not, for keeping squirrels away
    SARAH WOLFE - Associated Press
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away 17 minutes ago
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away

    They're vermin to some. Cunning adversaries to others. Squirrels have long been a source of fascination and frustration for gardeners and bird enthusiasts engaged in a near-constant battle to keep them away from the nuts and seeds put out for birds. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …