Emma Maembong nafi ada masalah

Emma Maembong nafi ada masalah

13 Apr – Aktres jelita Emma Maembong menafikan dakwaan mempunyai masalah dalaman sehingga berhasrat untuk keluar dari syarikat pengurusannya, Wireframe.

Menurut laporan mStar, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail ini memberitahu, dakwaan tersebut mungkin timbul berikutan kontraknya hampir tamat.

"Saya pun pelik bila saya cakap nak keluar dari syarikat itu?

"Mungkin kontrak saya sudah hampir tamat, maka mulalah timbul macam-macam spekulasi yang tidak betul," ujar aktres berusia 22 tahun ini.

Namun Emma masih lagi belum membuat keputusan sama ada ingin menyambung kontrak dengan syarikat pengurusan yang dimiliki kekasihnya Zizan Razak itu atau bergerak sendiri.

Jelasnya, pengurus syarikat tersebut, Marina Juki turut memberi sokongan jika dia berhasrat menguruskan karier seninya sendiri.

"Saya pernah menyuarakan hasrat ini dan Marina juga ada bertanya saya jika saya benar-benar mahu uruskan kerjaya saya sendiri.

"Tapi bila fikir balik, saya tidak mampu untuk berbuat demikian kerana saya sibuk dengan penggambaran dan tiada masa untuk buat jadual sendiri," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja tamat penggambara drama bersiri "Projek Memikat Suami", "Syurga Tanpa Cinta" dan "Yess Bos".