Enot hidap kanser usus tahap dua

Enot hidap kanser usus tahap dua

9 Mei – Pelakon komedi popular, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah mendedahkan bahawa dia kini sedang mengidap penyakit yang boleh membawa maut iaitu kanser usus tahap dua.

"Pada mulanya memang saya ada rasa sakit tetapi saya biarkan saja hinggalah berlaku pendarahan ketika buang air besar. kemudian saya ada berjumpa doktor dan disahkan mengidap kanser usus.

"Buat masa sekarang saya masih mendapatkan nasihat doktor tetapi saya mengamalkan ubat-ubatan kampung seperti daun Belalai Gajah selain itu saya ada makan produk jenama ABP26 daripada Didie Alias," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam pada itu, Enot yang turut memberitahu dia tidak lagi menerima tawaran berlakon sejak setahun yang lalu kini hanya bergantung kepada jualan biskut yang dibuatnya.