Erra Fazira: Tolong hormati privasi saya

Erra Fazira: Tolong hormati privasi saya

14 Apr – Pelakon popular Erra Fazira mengakui terkejut apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal yang menyatakan hasrat dan keinginannya untuk memujuk dan memulihkan kembali rumah tangga mereka, meminta bekas suaminya itu menghormati privasinya.

"Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggangjawab dan amanah menjaga anak tetap dipikul. Jangan desak saya," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Erra berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung perkara demikian selepas pada Sabtu lalu Emran telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah di laman sosial Instagram milik Emran.

Dalam kapsyen gambar tersebut, Emran turut meluahkan hasrat mahu memenangi hati Erra semula.

"Saya perlu mulakan langkah terlebih dahulu, sejak tiga hari lalu saya cuba hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya dan luahkan perasaan sayang pada dia.

"Saya mengaku masih menyayangi dia dan saya tidak malu untuk berusaha memujuknya untuk kembali."

Tulis Emran lagi, insiden perceraian yang berlaku pada 18 Februari lalu itu adalah satu kesilapan dirinya mahupun Erra.