Faisal Ishak kesal "Juvana" dibabitkan dalam kes buli pelajar

16 Apr – Pengarah filem "Juvana", Faisal Ishak kesal apabila filem arahannya dituduh sebagai punca kejadian buli di sebuah sekolah baru-baru ini.

Menurut Faisal, dia kecewa dan berkata, filemnya itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan kejadian buli kerana masalah buli daripada kalangan pelajar sudah berlaku sejak dahulu lagi.

"Saya percaya, sebuah naskhah bagi mana-mana filem sekalipun akan meninggalkan kesan kepada penontonnya," ujarnya kepada mStar.

Tambahnya lagi, "Saya kecewa apabila "Juvana" dikatakan memberi impak negatif kepada golongan remaja sehingga timbul kes buli."

Faisal berkata, sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran, masyarakat boleh menilai sesebuah filem itu dan membezakan baik buruk cerita yang disampaikan.

"Kita merakam aksi ganas untuk dijadikan pengajaran dan iktibar tentang akibatnya yang buruk. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran merek boleh berfikir maksud karya filem yang disampaikan."

Dalam pada itu, Faisal berkata, dia tidak akan serik menghasilkan filem-filem berbentuk ganas, malah memberitahu bahawa Filmscape Sdn Bhd akan menerbitkan filem "Juvana 2" dan "Juvana 3" tidak lama lagi.

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda 3 hours ago
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Tampil bergaya & santai dengan topi!
    Azwa Iela - Tupai
    Tampil bergaya & santai dengan topi! Tue, Apr 22, 2014 11:33 AM MYT
    Tampil bergaya & santai dengan topi!

    Gabungan pakaian musim panas yang menarik dan pemilihan topi yang sesuai, dapat menyerlahkan seri imej seseorang. …

  • Tips, serious and not, for keeping squirrels away
    SARAH WOLFE - Associated Press
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away 21 minutes ago
    Tips, serious and not, for keeping squirrels away

    They're vermin to some. Cunning adversaries to others. Squirrels have long been a source of fascination and frustration for gardeners and bird enthusiasts engaged in a near-constant battle to keep them away from the nuts and seeds put out for birds. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …