Fakta menarik "The Dark Knight Rises"

Pengarah British, Christopher Nolan memang lain daripada yang lain apabila dia memilih untuk menunjukkan sisi gelap bagi watak adiwira dan antagonis kegemaran ramai ini. "The Dark Knight Rises" merupakan filem ketiga dan terakhir dalam trilogi "Batman" arahan Nolan ini dan sebelum anda menontonnya, kami senaraikan beberapa trivia pra-produksi filem ini yang bakal ditayangkan pada 19 Julai 2012.

1. Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak nuansa gelap trilogi ciptaannya.

2. Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem "RocknRolla", tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam "Bronson", sedangkan Nolan tidak pernah pernah menonton filem tersebut.

3. Christopher Nolan merupakan pengarah pertama yang berjaya melengkapkan trilogi filem "Batman". Namun dia merupakan pengarah kedua yang berjaya melengkapkan trilogi filem genre adiwira. Tempat pertama jatuh kepada Sam Raimi untuk trilogi "Spiderman".

4. Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat "Spiderman". Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.

5. Antara barisan pelakon yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel ("The A-Team"), Gemma Arterton ("Clash Of The Titans"), Kate Mara ("American Horror Story") dan Keira Knightley ("Pirates Of The Caribbean"). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.

6. Antara barisan pelakon wanita yang dicadangkan untuk watak Miranda Tate pula termasuk Kate Winslet, Naomi Watts, Rachel Weisz dan Marion Cotillard. Namun begitu, Cotillard telah dipilih untuk memainkan watak tersebut, apatah lagi Nolan sudah biasa bekerja dengan Cotillard melalui filem "Inception". Cotillard memulakan proses penggambaran dua bulan selepas kelahiran anaknya, Marcel.

7. Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.

8. Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX dirosakkan. Sebelum ini satu daripada kamera IMAX mereka rosak ketika merakam babak kejar-mengejar antara trak The Joker dan batmobile dalam "The Dark Knight".

9. Antara pelakon yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Leonardo DiCaprio ("Inception"), Ryan Gosling ("The Notebook") dan Mark Ruffalo ("The Avengers") sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.

10. Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.

11. Anne Hathaway menjadikan Hedy Lamarr sebagai inspirasi lakonannya sebagai Catwoman. Heddy Lamar juga merupakan pelakon wanita era 40-an yang menjadi inspirasi pencipta Catwoman untuk watak tersebut.

12. Christopher Nolan menawarkan peluang untuk James Newton Howard ("The Hunger Games", "Green Lantern") menghasilkan muzik latar filem ini bersama Hans Zimmer seperti yang dilakukannya dalam "Batman Begins" dan "The Dark Knight". Namun selepas melihat kolaborasi hebat antara Nolan dan Zimmer dalam "Inception", dia merasakan dia mungkin hanya akan mengganggu.

13. Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang akan disediakan.

14. Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah "Batman Begins", "The Prestige", "The Dark Knight" dan "Inception".

Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Loading...
  • Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?
    Azwa Iela - Tupai
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit? 7 hours ago
    Kanak-kanak montel, comel atau berpenyakit?

    Tampak comel namun hakikatnya bayi yang montel berisiko menghidapi penyakit obesiti. …

  • "Wireless key finder", penyelamat anda
    Azwa Iela - Tupai
    "Wireless key finder", penyelamat anda Wed, Apr 23, 2014 4:47 PM MYT
    "Wireless key finder", penyelamat anda

    Adakah anda merupakan seorang yang pelupa dan selalu kehilangan kunci akibat terlupa di mana anda meletakknya? …

  • Gaya Muslimah berjiwa moden
    Azwa Iela - Tupai
    Gaya Muslimah berjiwa moden Tue, Apr 22, 2014 5:31 PM MYT
    Gaya Muslimah berjiwa moden

    Wanita yang berlitup kini tampil dengan pelbagai fesyen terkini dan gaya yang lebih moden disamping mengekalkan ciri-ciri Muslimah. …

  • Vermont moves toward labeling of GMO foods
    LISA RATHKE and DAVE GRAM - Associated Press
    Vermont moves toward labeling of GMO foods 5 minutes ago
    Vermont moves toward labeling of GMO foods

    MONTPELIER, Vt. (AP) — Vermont lawmakers have passed the country's first state bill to require the labeling of genetically modified foods, underscoring a division between powerful lobbyists for the U.S. food industry and an American public that overwhelmingly says it approves of the idea. …

  • Five tips to protect your eyes
    Yahoo Newsroom
    Five tips to protect your eyes Mon, Apr 21, 2014 12:50 PM MYT
    Five tips to protect your eyes

    Just like every other part of your body, your eyes need to be protected too. …

Comments on Yahoo pages are subject to our link to Comments Guidelines. You are responsible for any content that you post. Yahoo is not responsible or liable in any way for comments posted by its users. Yahoo does not in any way endorse or support comments made by its users.