Farid Kamil-Diana Danielle timang anak lelaki


Perkhabaran gembira buat pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle yang sudah selamat menimang cahayamata lelaki menggunakan kaedah dalam air (water birth) di Sydney, Australia pada petang Selasa. Pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu dilaporkan telah selamat melahirkan puteranya dengan berat 4.4kg pada jam 4.17 petang.

Farid yang merupakan seorang pengarah dan pelakon, di laman Instagramnya telah mengumumkan berita baik itu dengan berkata, “'I’m a Papito now...Alhamdulillah.. :) Thank you to my wife for the excellent ' hoohoohaah' job". Beliau telah berangkat untuk bersama dengan isteri tercinta empat hari lalu.

Ketika dihubungi pengarah urusan Metrowealth International Group David Teo berkata yang Farid ada menelefonnya selepas Diana selamat bersalin.

“Perbualan kami amat singkat kerana talian terputus. Farid memberitahu berita gembira ini (melalui kiriman SMS) untuk mengesahkan yang isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat,” kata Teo.

Beliau turut berkata yang Diana hanya ditemani suaminya ketika bersalin. Ahli keluarga kedua-dua pihak dikhabarkan belum sempat lagi berkunjung ke sana untuk menyambut kelahiran putera sulung pasangan pelakon tersebut.

BACA:
David Teo: 'Bayi itu bukan milik Farid Kamil, Diana Danielle'

Farid Kamil tampil beri penjelasan isu bayinya
Diana Danielle tampil memberi penjelasan isu hamil
Farid Kamil enggan bawa Diana Danielle bertemu doktor

Menurut Teo, kelahiran bayi pertama pasangan ini awal dua minggu dari yang dijangkakan iaitu sekitar pertengahan Julai.

“Mengikut pengiraan doktor, Diana dijangka bersalin pada Julai 15. Walaupun Diana bersalin dua minggu lebih awal, Farid telah mengesahkan yang proses bersalin berjalan dengan lancar,” kata Teo yang bercadang untuk melawat Diana dan bayinya dalam masa yang terdekat ini.

“Saya dan isteri bercadang untuk melawat mereka di Sydney tidak lama lagi. Buat masa ini, saya hanya berkomunikasi dengan Farid melalui telefon sahaja. Lebih manis jika kami pergi melawat mereka di sana,” katanya.

Diana dijangka akan berada di Sydney untuk berpantang.

Heroin filem ‘Magika’ itu mengahwini Farid pada November tahun lalu. Susulan majlis resepsi mereka, pasangan ini mengumumkan berita tentang kehamilan Diana tidak lama sebelum dia membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sydney.

Pihak Yahoo! Malaysia menghulurkan sekalung tahniah kepada pasangan yang baru sahaja melangkah ke dunia baru dan pertama kali bergelar ibu dan ayah.





PESANAN DIANA BUAT PEMINAT
Beberapa hari sebelum Diana bersalin, aktres ini memohon maaf pada rakan-rakan dan peminatnya dalam satu nota ringkas yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Dalam nota tersebut, Diana dengan rasa rendah diri meminta maaf atas apa jua kesalahan yang pernah dilakukan selama ini. Pelakon itu turut menyatakan agar rakan-rakan dan peminatnya mendoakan agar beliau proses bersalinnya berjalan dengan lancar.

BACA:
Farid Kamil dan ibu mertuanya dalam krisis?

Ibu mertua Farid Kamil: "Biarlah dia (Farid) nak kata apa"