Advertisement

Fazura nafi bercium di KLIA

Fazura nafi bercium di KLIA

18 Apr – Pelakon jelita, Nur Fazura menafikan kontroversi melibatkan aksinya bercium ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini enggan memberi sebarang komen mengenai insiden tersebut dan menjelaskan dia tidak tahu menahu insiden bercium apakah yang dimaksudkan oleh pihak di luar sana.

"Saya baru sahaja mengetahui mengenai hal ini dan saya tidak ada komen kerana saya sendiri tidak mengetahui bagaimanakah insiden bercium yang diperkatakan itu," jelasnya ketika ditemui di majlis pelancaran wajah baru mStar Online semalam di Alexis Gardens, Mid Valley.

Fazura turut menambah perkara ini terpulang kepada mereka yang membuat cerita tersebut untuk berkata apa sahaja mengenai hidupnya.

"Apa niat orang di luar sana untuk berkata begitu terhadap diri saya. Anda semua perlu tanya kepada mereka, bukan pada saya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa telah berlaku sebenarnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal menemui penonton dengan filem terbarunya, "Manisnya Cinta" dan sedang sibuk menguruskan butik pakaiannya, House of Doll yang bertempat di Bangsar.