Advertisement

Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?

Fiza, Adam kini sudah berbaik semula?

25 Apr - Kemelut rumah tangga pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga September tahun lalu, Adam AF dan Fiza Halim dikatakan kini sudah berbaik semula.

Hubungan mereka dilihat sudah kembali jernih apabila Fiza memuat naik gambar suaminya, Adam di laman sosial Instagramnya.

Rata-rata peminat yang mengikuti laman Instagramnya itu turut gembira dan mendoakan pasangan ini agar dipanjangkan jodoh mereka.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan bakal menamatkan hubungan mereka kerana dilaporkan bahawa Fiza telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003 dan kes bakal didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhammad Nazri Basrawi.

Isu pergolakan rumah tangga mereka mula tersebar luas apabila Fiza dikatakan telah memadam gambar Adam di laman Instagramnya.

Sejurus kontroversi ini memuncak, Fiza turut meluahkan perasaannya melalui laman sosial tersebut dengan berharap semua pihak tidak perlu menghentam dirinya kerana dia hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.

"Saya agak sedih dan terkilan kerana ada pihak menyalahkan diri saya sepenuhnya. Saya faham ada pihak yang membenci saya tetapi jangan hokum dengan melontarkan pelbagai cacian dan tohmahan," ujarnya di laman Instagram.

Fiza turut menambah dirinya tidak diminta untuk disayangi atau dijunjung dan berharap peminat memberikan sokongan untuk maju ke hadapan dan berdoa yang terbaik buat dirinya.