Fizo Omar minta orang ramai henti hentam isterinya

Fizo Omar minta orang ramai henti hentam isterinya

11 Apr – Pelakon popular, Fizo Omar meminta agar orang ramai berhenti dari menghentam dan melemparkan tohmahan terhadap isterinya, Mawar Abdul Karim, 25, selepas terdapat segelintir yang tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.

"Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.

"Isteri saya jual tudung, bukan jual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan perniagaan tudungnya itu ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung," kata Fizo kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar lagi, dia juga berang apabila setiap kali memuat naik gambarnya bersama Mawar dikritik dengan pelbagai ayat yang kurang enak dan berunsur negatif.

"Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya."

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, isterinya kini lebih banyak menumpukan perhatian terhadap perniagaan daripada mengambil tahu tentang apa tohmahan yang dilemparkan dan menyifatkan individu yang memberi komen negatif tersebut cemburu dengan kejayaan mereka.