Fizz Fairuz, Almy Nadia nikah 26 April ini

Fizz Fairuz, Almy Nadia nikah 26 April ini

23 Apr – Pelakon popular Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia telah menyatakan mereka akan mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka kepada hujung minggu ini iaitu pada hari Sabtu ini.

Fizz yang sebelum ini telah mengumumkan mereka bakal bernikah pada 30 Mei depan akan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar.

"Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya.

"Setakat ini memang tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan kerana segala persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal," ujar Almy Nadia kepada sebuah akhbar tempatan.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober lalu setelah lapan tahun menjalin hubungan cinta.